30.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 31, 2020

Selangor Digesa Segerakan Projek Mitigasi @Khalid_ibrahim

KUALA KUBU BARU: Kerajaan Selangor digesa mempercepat pelaksanaan Projek Mitigasi 2 untuk mengoptimumkan pengeluaran air terawat dan menggelak berlakunya krisis air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menjelang 2016.

Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Datuk Teo Yen Hua berkata, projek Mitigasi 2 dapat meningkatkan kapasiti air terawat yang diagihkan kepada pengguna dan menampung peningkatan permintaan sebanyak 3.5 peratus setahun.

“Sehingga 2016, loji-loji rawatan air di Selangor masih mempunyai baki kira-kira 390 juta liter kapasiti air belum guna yang boleh disalurkan kepada pengguna pada bila-bila masa.


“Diharapkan kerajaan negeri dapat mempercepatkan projek ini supaya keupayaan untuk membekalkan air kepada pengguna tidak terjejas,” katanya.

Teo ditemui pemberita selepas lawatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Khas mengenai isu-isu air Selangor, di Empangan Sungai Selangor, di sini.

Muhyiddin juga dijadual melawat tiga lagi loji rawatan air di Hulu Langat.

Projek Mitigasi 2 melibatkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) dan LRA Sungai Selangor Fasa Tiga (SSP3), dengan kos RM606 juta yang disalurkan Kerajaan Persekutuan bagi pelaksanaan projek mitigasi untuk memastikan pengguna-pengguna di kawasan kritikal tidak berhadapan krisis air menjelang 2016.


Projek-projek itu apabila siap kelak dijangka akan dapat mengoptimumkan pengeluaran air kepada 4,581 JLH (juta liter sehari), berbanding pada masa kini sebanyak 4,400 JLH dan memanfaatkan pengguna antaranya sekitar Petaling Jaya, Kuala Lumpur, Gombak, Shah Alam, USJ, Klang dan Kepong.

Kerajaan Selangor sebelum ini mengumumkan, projek mitigasi Fasa 1 kini sedang dijalankan manakala projek mitigasi 2 sedang dalam proses mendapatkan konsultan dengan tender sudah dikeluarkan dan dijangka siap pada Mac 2013 atau selewat-lewatnya Jun 2013.

Menurut Teo, pelan mitigasi hanya langkah penyelesaian sementara isu air di Selangor, dan menegaskan negeri itu perlu mendapatkan sumber baru, termasuk projek terowong air Pahang-Selangor, bagi mengelak berlakunya krisis air selepas 2016 di negeri ini.

Empangan Sungai Selangor di Kuala Kubu Baru merupakan kawasan tadahan terakhir di Selangor dengan kapasiti penuh 230 juta liter padu.

Kapasiti empangan itu kini berada pada tahap 56 peratus.

Krisis Air Selangor: Exco PAS Di Selangor Patut Kaji Sejarah Loji Sungai Labu

iskandar

MYKMU.NET –  Bukan sekadar menjadi “pak turut”, PAS Selangor juga sanggup menjadi “keldai suruhan” PKR dan DAP apabila sanggup “menjilat” Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid “Gagap” Ibrahim, mungkin kerana takut dipecat dari jawatan Exco sebagaimana yang berlaku pada Hasan Ali. Baru-baru ini, ADUN Cempaka yang juga merupakan Exco Kerajaan Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan […]

Kerajaan PKR Selangor bertanggungjawab ke atas kehilangan air tidak berhasil (NRW) @TeoNieChing @Khalid_Ibrahim

khalid ibrahim-anwar ibrahim

Kerajaan Negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor didakwa menghalang Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) daripada mendapatkan pinjaman bank bagi membolehkan syarikat itu mengganti paip- paip lama. Perkara itu didedahkan sendiri Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui ketika menjawab persoalan mengenai kehilangan air tidak berhasil (NRW) di Selangor […]

Hujan Setiap Hari Tapi Air Di Empangan Terus Merosot! @Khalid_Ibrahim #SSYBN

empangan sg selangor 2

KUALA KUBU BHARU – Paras takungan air di Empangan Sungai Selangor di sini masih lagi tidak menunjukkan sebarang perubahan walaupun hujan lebat dilaporkan turun di kawasan sekitar empangan sejak beberapa hari lalu. Tinjauan Mynewshub.my sekali lagi ke empangan itu petang semalam jelas menampakkan situasi yang agak cemas apabila paras takungan air masih tidak naik. Malah, […]

Bukti Air Empangan Selangor Merosot @Khalid_Ibrahim

Empangan Sungai Selangor

Tidak berapa lama dulu Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim pernah mengarahkan Exco kanannya, Ronnie Liu membuat tinjauan rambang ke beberapa empangan dan sungai di Selangor ketika isu bekalan air terus hangat diperkatakan rakyatnya. Dengan bersandarkan hasil dari tinjauan tersebut, kerajaan PKR Selangor kemudiannya merumuskan Selangor tidak berdepan dengan sebarang masalah bekalan air kerana rata-rata empangan […]

Khalid Panik Air Empangan Selangor Kritikal @Khalid_Ibrahim

Empangan Sungai Selangor

Awal bulan Ogos tahun 2010 Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim pernah dengan angkuh dan sombongnya membuat kenyataan bekalan air di Selangor lebih dari mencukupi untuk kegunaan rakyatnya sehingga tahun 2019. Kenyataan Khalid itu tentulah melegakan penduduk Lembah Klang kerana mereka tahu jika krisis air seperti mana pernah berlaku dulu, 1998/99, kesannya amat memeritkan kehidupan harian […]

MB Selangor Digesa Dedahkan Kos Pembenihan Awan @zinmohamed

Empangan Sungai Selangor

‘Pembenihan Awan Bukti Selangor Bakal Berhadapan Krisis Air’ SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) Selangor mendakwa tindakan pembenihan awan yang akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri Selangor adalah bukti negeri itu berhadapan dengan krisis air yang serius. Justeru, Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed menggesa Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan kos pembenihan […]

Air Empangan Susut: Bukti Selangor di Ambang Krisis Air

Empangan Sungai Selangor

Kita tidak faham kenapa kerajaan PR Selangor masih menafikan yang negeri yang diperintah mereka ini bakal berdepan dengan krisis air yang kronik. Tidak mungkin mereka tidak mampu memahami fakta dan angka yang menjelaskan masalah ini. Tidak mungkin juga mereka tidak turun melawat sendiri ataupun melihat gambar-gambar empangan yang didedahkan oleh beberapa blog dan laman web […]

Isu Air: Antara Keperluan Alam Sekitar & Nyawa Rakyat – @Khalid_Ibrahim @xavierjayakumar

projek-penyaluran-air-pahang-selangor

× Satu kelebihan yang perlu kita akui hanya dimiliki oleh pemimpin pembangkang ialah kemampuan mereka mengalih isu utama kepada isu lain. Mereka memiliki kepakaran yang tinggi untuk spin sana sini dan bijak memutar belit fakta dan isu. Demikianlah yang berlaku pada Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar dalam usahanya untuk menghalalkan keputusan kerajaan PKR Selangor menolak […]

Air: Xavier Suka Rakyat Selangor Menderita

projek-penyaluran-air-pahang-selangor

Baru sahaja sehari dua berlalu para penyokong pembangkang menghamburkan kemarahan terhadap Menteri Besar Pahang dan mengalu-alukan kecaman keras oleh NGO proksi PR terhadap Datuk Seri Adnan Yaakob, tiba-tiba pula pemimpin PKR Selangor Dr Xavier Jayakumar bertindak sebaliknya. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sebuah NGO yang diketuai oleh Che’gu Bard dalam kenyataan akhbarnya sebelum ini, menganggap […]

Lagi berita berkaitan disini

Berita Berkaitan

BNM ada ruang turunkan lagi kadar faedah

Bank Negara Malaysia (BNM) masih mempunyai ruang untuk sekali lagi menurunkan kadar dasar semalaman...

Kenyataan Macron: Mahathir kena fokus kepada individu bukan serang negara & bangsa kata Najib

Bukanlah nak defend sangat tapi saya rasa dunia patut bertenang dan membaca kenyataan Tun...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

Siapa di belakang portal MalaysiaNow

Nama seperti Malaysiakini, Malaysia Today, Malaysia Insight memang sudah dikenali. Sekarang timbul nama baru, MalaysiaNow....

Komen

..

Kenyataan Macron: Mahathir kena fokus kepada individu bukan serang negara & bangsa kata Najib

Bukanlah nak defend sangat tapi saya rasa dunia patut bertenang dan membaca kenyataan Tun Mahathir secara penuh dan dalam konteks penuh. Perlu adil kepada Tun...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,361PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan