Selangor Jual Aset – Kali Ini Syarikat Pemegang Saham Konsesi Lebuhraya - pakdin.my

taliworks1

Beberapa minggu lalu, Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Kerajaan Negeri Selangor akan menghalang sebarang kenaikan tol dalam syarikat-syarikat konsesi yang mereka ada saham.

Namun hari ini, Kumpulan Perangsang Selangor yang banyak mendapat saham dalam syarikat konsesi di sekitar Selangor mengumumkan penjualan 16.92% sahamnya dalam Taliworks Corporation Berhad, syarikat pemegang konsesi lebuh raya Grand Saga – salah sebuah syarikat konsesi yang dijangka akan menaikkan kadar tol pada tahun hadapan.

Penjualan ini menimbulkan tanda tanya sama ada kerajaan negeri Selangor cuba mengambil sikap lepas tangan terhadap janji mereka untuk menghalang kenaikan tol dan mencari jalan selamat.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, tahu bahawa sekiranya kadar tol tidak dinaikkan syarikat akan mengalami kerugian sekaligus akan menjejaskan pulangan ke atas pemillikan saham Kumpulan Perangsang dan Kerajaan Negeri Selangor.

Justeru, bagi menyelamatkan diri, Kumpulan Perangsang menjual saham tersebut. Mereka bukan sahaja mengelak kemarahan orang ramai tetapi juga mendapat pulangan tunai yang besar.

Dengan penjualan ini, kita mahu tahu di mana janji Anwar Ibrahim untuk menggunakan kedudukan anak syarikat kerajaan negeri Selangor dalam syarikat-syarikat konsesi untuk menghalang kenaikan tol?

Taliworks’ core water business is in the privatised water supply sector which includes an operation and maintenance contract (expiring in 2030) for the Sungai Selangor Water Treatment Works Phase 1 (“SSP1“) that supplies to large parts of Selangor and Kuala Lumpur and a concession (expiring in 2020) for the water supply and distribution system in Langkawi, Kedah

Syarikat Taliworks juga terbabit dengan sektor perawatan air mentah (water treatment) untu Kerja Perawatan Air Sungai Selangor Fasa 1. Dengan penjualan ini juga Kerajaan Selangor boleh sahaja memaksa tiada sebarang kenaikan dalam kos perawatan kerana ia tidak perlu bertanggung jawab atas untung rugi perniagaan. Dalam masa yang sama mereka boleh menyalahkan kerajaan Persekutuan semata-mata.

Inilah cara dan kaedah pemimpin hipokrit yang kononnya membela rakyat tapi bila ada tanggung jawab melarikan diri atau memilih jalan selamat. Jika benar perjuangan untuk rakyat bukannya keuntungan politik, mengapa tidak ambil alih sahaja Taliworks ini?

Adalah tidak mustahil, dalam masa terdekat ini, saham-saham anak syarikat kerajaan negeri Selangor dalam syarikat konsesi lain juga akan dijual sebagai jalan awal melarikan diri dari menunai janji atau bersama-sama menanggung kerugian.

Dengan jumlah penjualan sebanyak RM 66.48 juta, inilah antara dicampur dengan penjualan aset lain nanti, akan diisytiharkan oleh Khalid dalam tahun kewangan 2013 nanti kejayaan kerajaan negeri menambah rezab negeri.

Hakikatnya pelaburan yang dibuat oleh kerajaan negeri sebelum Pakatan sehingga menambah laba sedemikian tidak akan diumumkan. Yang akan diumumkan kononnya kejayaan ini kerana kerajaan negeri tiada ketirisan dan rasuah.

UTAMAPOLITIKSelangor Jual Aset - Kali Ini Syarikat Pemegang Saham Konsesi Lebuhraya

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium