25.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 22, 2020

Selangor medan paling sukar pilihan raya akan datang

Undilah Barisan Nasional

Selangor, dikatakan negeri terkaya di negara ini, adalah permata berharga yang bakal menjadi rebutan di antara pembangkang dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Namun, untuk memenangi negeri itu bukan tugas mudah, sama ada di pihak BN mahupun pakatan PAS-PKR-DAP.

Berikutan desas desus bahawa pilihan raya umum bakal diadakan bila-bila masa, penganalisis turut memberi tumpuan pada Selangor dan meramalkan agak sukar bagi pembangkang mengekalkan negeri itu manakala BN akan berdepan tugas getir untuk menawannya semula.

Penganalisis politik di Universiti Sains Malaysia, Dr Sivamurugan Pandian, berkata bukan lagi rahsia bahawa BN menumpukan banyak usaha untuk menawan semula negeri itu.

“Dengan landskap politik dinamik di Selangor, kini lebih maju dan moden dengan golongan muda menjadi pengundi, pastinya sukar bagi mana-mana pihak untuk memenangi undi. Saya percaya Konvensyen BN Selangor akan datang pada 17 September akan memberikan panduan mengenai bagaimana UMNO bakal menghadapi cabaran itu.

“Walaupun terdapat banyak isu menyelubungi pentadbiran kerajaan negeri sekarang, persoalannya ialah adakah UMNO berjaya meminimumkan isu yang melandanya di peringkat negeri? Adakah parti sudah mengenal pasti panglima untuk mengetuai dan menyatukan pasukan?” katanya.

“Panglima” itu boleh jadi sama ada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar atau ketua pembangkang Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman, dua pemimpin yang dilihat berupaya mengetuai UMNO negeri.
Namun, kata Dr Sivamurugan, UMNO juga boleh memilih seseorang di luar kelompok mereka iaitu “seseorang yang mampu menyatukan semua kumpulan”.

Konvensyen akan datang, katanya, mesti menumpukan kepada mengenai perlunya untuk bersatu demi untuk menawan semula negeri itu.

“Buat masa ini, jika anda minta saya nilai keadaannya, saya akan katanya masih 50-50. Bakal menyaksikan persaingan sengit sehingga ke akhir. Terdapat terlalu banyak kawasan “campuran”.

Dr Sivamurugan berkata, walaupun jentera BN Selangor dilihat bekerja dengan baik, hakikatnya ialah persaingan pasti sengit kerana ia perlu berdepan dengan “pendekatan populis” yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri.

Kerajaan negeri pimpinan PKR juga sudah memiliki semua jentera yang mereka tidak mempunyai akses langsung pada pilihan raya umum 2008, katanya.

“Ini adalah perkara paling utama dan mencabar yang perlu dihadapi BN,” katanya.

Tony Pua, Ketua Publisiti DAP dan Timbalan Pengerusi DAP Selangor berkata, pada ketika ini kedudukannya ialah 53-47 yang memihak kepada pakatan pembangkang.

Beliau bagaimanapun menzahirkan rasa bimbang dengan pengundi India dan Melayu yang menurutnya memainkan peranan paling penting di kawasan separa bandar.

“Ia bukannya mudah. Kami berasa selesa di kawasan bandar tetapi bukan di kawasan separa bandar, misalnya di tempat-tempat seperti Hulu Selangor dan Kapar (di mana) 10 peratus (sokongan) boleh beralih ke mana-mana pihak,” katanya.

Menjadikan Ijok sebagai contoh, Pua berkata, 29 peratus pengundi adalah kaum India dan tanpa isu mendesak seperti yang dibangkitkan oleh Hindraf, kedudukan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim boleh terancam.

Ini amat mencabar bagi pakatan pembangkang di Selangor kerana BN melancarkan “serangan” untuk menawan semula negeri itu, katanya.

“Sebab itu kenapa kerusi dengan perbezaan undi yang kecil akan memainkan peranan amat penting. Di Ijok, kami menang dengan majoriti kurang 2,000 undi, Sekinchan dengan kurang daripada 200 undi, Teluk Datuk dengan kurang daripada 700 undi. Kerusi-kerusi yang kami menangi dengan kurang daripada 2,000 undi dianggap kerusi “berisiko”. Ia akan menjadi ibu kepada semua pertarungan, memang tidak dapat disangkal,” katanya.

“Pada 2008, lima hingga 10 kerusi kami kalah dengan kurang 2,000 undi. Terdapat kira-kira 10 hingga 12 kerusi yang kami anggap amat penting pada ketika ini,” katanya.

Seorang lagi penganalisis, Ong Kian Ming melihat senario kedua-dua belah pihak melancarkan strategi tarik tali, menunjukkan wujud kemungkinan pakatan pembangkang enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri jika pilihan raya umum ke-13 diadakan sebelum 2013.

Di Pulau Pinang dan Kedah, beliau berkata, kerajaan persekutuan dilihat lebih bertolak ansur. Sebagai contoh, perjanjian air dan pemerolehan aset air di Pulau Pinang dilihat lebih memihak kepada negeri. “Tetapi di Selangor, ia berbeza.” katanya.

Negeri itu juga berdepan banyak tekanan politik termasuk senario Abdul Khalid didesak untuk memberi laluan kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Bagaimanapun, BN juga tidak kalis masalah, satu daripadanya ialah mencari pengganti Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, bekas Ketua Umno Selangor.

“Tiada calon yang dapat diterima oleh semua orang,” katanya.

Penganalisis politik, Datuk Dr Denison Jayasooria sementara itu berkata, cabaran besar bagi BN untuk menawan semula Selangor ialah bagaimana ia dapat menawarkan alternatif kepada pakatan, termasuk pemimpin alternatif kepada Abdul Khalid.

“Apakah rangka kerja alternatif itu? Di manakan BN Selangor? Anda tidak nampak mereka. Khir sudah terkeluar.

“Siapakah akan jadi MB (BN) Selangor? Mereka tiada pemimpin yang menyerlah. Di Kedah, mereka ada Datuk Muhkriz (Tun Mahathir) dan beberapa yang lain,” katanya dan menurutnya BN patut mengetengahkan pemimpin berpotensi mereka untuk berdepan Abdul Khalid.

Penganalisis Norizan Sharif pula meramalkan akan berlaku pertandingan sengit di Selangor dengan tiada mana-mana parti mampu menang dengan majoriti dua pertiga.

“Setiap pihak, masing-masing boleh menang kira-kira 16 kerusi. Ini pada asasnya bermakna 32 daripada jumlah 56 kerusi negeri. Pertarungan sengit akan berlaku untuk baki 24 kerusi,” katanya dan menurutnya jika BN dapat meningkatkan sokongan popularnya sebanyak 5 peratus, ia mempunyai peluang cerah untuk memenangi semula Selangor.

Norizan berkata, beliau percaya tadbir urus dan kewibawaan pemimpin adalah faktor penting untuk meraih undi.

“Apa yang membimbangkan ialah sekiranya rakyat sudah bosan dengan politik, mereka mungkin tidak akan mengambil bahagian dalam pilihan raya umum akan datang. Jika ini berlaku, ia akan menjejaskan demokrasi kita.”

Berita Berkaitan

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan pada Ogos 2020, meningkat 24.7 peratus dari segi jumlah berbanding bulan yang sama tahun lalu,...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil kadar tarif elektrik bagi tahun depan berikutan penyusutan kos pengeluaran arang batu dan dan gas...

Media Prima dijangka catat untung

KUMPULAN media bersepadu, Media Prima Berhad (Media Prima) dijangka kembali mencatat keuntungan pada tahun kewangan 2021 dan 2022, demikian mengikut CGS-CIMB Securities International Pte...

Gading gajah di rumah Tun M jadi perhatian

Tun Dr Mahathir pada Ahad lalu memuat naik foto sedang menonton siaran langsung persidangan Parlimen Digital di Facebook melalui komputer riba. Namun menjadi tanda tanya...

Terowong Dasar Laut: Lim Guan Eng bakal didakwa?

Kertas siasatan projek pembinaan terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion kini berada di fasa akhir siasatan dan dijangka akan diserahkan kepada Pejabat...

Azmin Ali di ‘pulau’ di perasmian Rumah Generasi Ke 2 Felda di Felda Palong

Yang hadir hanyalah wartawan, polis pengiring serta beberapa orang urusetia yg mengikuti rombongan tak diundang itu..

Eksport getah asli negara meningkat

Eksport getah asli Malaysia meningkat 17.6 peratus pada Julai 2020 kepada 45,386 tan berbanding 38,587 tan pada Jun 2020, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia...

[Video] Penyamun bersenjata parang samun lapan sekeluarga

Siasatan awal mendapati terdapat enam penjenayah dengan menaiki sebuah kenderaan telah berhenti di luar rumah mangsa. 

Kes bebaskan 15 pendatang tanpa izin, enam anggota polis Hulu Selangor ditahan SPRM

“Kesemua anggota itu ditahan pada Rabu lepas bagi membantu siasatan berkaitan pembebasan 15 pendatang tanpa izin,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Rasuah bebaskan PATI: Hakim Mahkamah Sesyen pula ditahan SPRM

Tangkapan ini berkaitan dengan kes tangkapan sebelum ini melibatkan seorang peguam dan timbalan pendakwaraya dan beberapa anggota polis baru-baru ini.

Komen

..

Penghinaan terhadap pasukan keselamatan tidak dapat dimaafkan

Kenyataan berbentuk penghinaan seorang ahli politik yang mendakwa insiden pencerobohan Lahad Datu, pada 2013, sebagai sandiwara negara adalah suatu penghinaan. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail...
00:02:39

[Video] #PRNSabah: WARISAN dakwa penularan Covid-19 di Sabah Sandiwara. Fitnah terhadap ‘front-liners’

Selepas menggelakkan tragedi Lahad Datu tahun 2013 sebagai sandiwara, Warisan Plus juga sifatkan Covid-19 sebagai satu lagi sandiwara. Lihat sini: https://pakdin.my/prnsabah-mohamaddin-ketapi-dakwa-askar-berperang-dengan-ayam-dan-anjing-di-tanduo-video/ Mereka kata orang Melayu tak...

Jangan kompromi isu keselamatan: Bung

TAWAU: Pengerusi Barisan Nasional Negeri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mahu pasukan keselamatan tidak berkompromi terhadap isu keselamatan terutamanya menjelang hari pembuangan undi...
00:02:32

#PRNSabah: Mohamaddin Ketapi dakwa askar berperang dengan ayam dan anjing di Tanduo? [Video]

Bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya semasa era Pakatan Harapan, Mohamaddin Ketapi mendakwa peperang menentang penceroboh di Tanduo, Lahad Datu, Sabah ada lah pembohongan...

#PRNSabah: Ahli MT UMNO dilapor postif COVID-19 selepas berkempen di Sipitang

Seorang pemimpin UMNO dilaporkan positif COVID-19 selepas berkempen di kawasan Parlimen Sipitang. Memetik laporan sebuah portal tempatan, Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu kini sedang menjalani...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,345PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...