30 C
Kuala Lumpur
Tuesday, January 26, 2021

Selangor negeri tertinggi keluar lesen arak kelas runcit

Sebanyak 5,791 lesen arak kelas runcit dikeluarkan di seluruh negara sehingga 1 Julai lepas dengan Selangor paling banyak mengeluarkan lesen berkenaan.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata berdasarkan data diperoleh dari kerajaan negeri, Selangor mengeluarkan sebanyak 1,721 lesen, diikuti Sarawak (1,212), Johor (558) dan selebihnya negeri-negeri lain.

“Maklumat yang diperoleh dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengenai jumlah pendapatan kasar kerajaan Malaysia pada tahun 2019 melalui duti eksais adalah sebanyak RM2.27 bilion, manakala hasil daripada cukai jualan ialah sebanyak RM341.9 juta,” katanya.

BACA: https://pakdin.my/tag/arak/

Beliau berkata demikian bagi menjawab perkara yang dibangkitkan Charles Anthony Santiago (PH-Klang) berhubung isu pengedaran dan penjualan arak murah dan tanpa lesen pada persidangan Kamar Khas di Dewan Rakyat hari ini.

Ismail berkata KPKT buat masa ini tiada cadangan untuk menubuhkan jawatankuasa bagi membendung penjualan arak murah dan tanpa lesen memandangkan JKDM telah menubuhkan dan mempengerusikan Jawatankuasa Pemandu Multi-Agency Task Force mulai Januari tahun ini bagi membanteras penyeludupan rokok dan minuman keras.

“Bagaimanapun, KPKT akan menimbang cadangan tersebut sekiranya terdapat keperluan,” katanya. — Bernama

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.