28.9 C
Kuala Lumpur
Monday, November 30, 2020

Selangor paling ramai penerima BR1M

BR1M-3-2014

Penerima BR1M di Selangor paling ramai menerima bantuan berkenaan dengan  845,329 orang membabitkan peruntukkan sebanyak RM423 juta.

Datuk Seri Noh Omar berkata, daripada jumlah itu 254,048 tiada nombor akaun bank dan menerima bantuan secara terus dengan pelancarannya di buat di Kajang, Ahad.

Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor itu menjelaskan, seramai 454,295 ketua isi rumah pendapatan bawah RM3 ribu sebulan akan menerima RM650 berbanding RM500 sebelum ini.

Manakala, 68,695 ketua isi rumah dengan pendapatan RM3 ribu hingga RM4 ribu sebulan akan terima RM450.,

Selain itu, katanya 322,339 orang muda pendapatan bawah RM2 ribu sebulan akan terima RM300 berbanding RM250 sebelum ini.

Sementara itu, 17,000 penerima BR1M pada tahun lalu mengambil inisiatif memaklumkan kepada kerajaan bahawa mereka tidak lagi memerlukan bantuan itu tahun ini.


Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata langkah itu menunjukkan tahap kematangan yang tinggi di kalangan rakyat negara ini.

“BR1M tahun ini agak luar biasa kerana masyarakat kita makin matang. Ada 17,000 penerima BR1M 2.0 tahun lalu yang tulis surat kepada kita menyatakan bahawa keluarga mereka tidak memerlukan BR1M.

“Walaupun sebahagian besar daripadanya masuk dalam senarai penerima tetapi merasakan bahawa mereka bukan keluarga yang memerlukan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian BR1M 2014 bagi Parlimen Tambun di Ipoh hari ini.

Beliau berkata ada juga di kalangan mereka yang memaklumkan kepada kerajaan bahawa bantuan itu tidak lagi diperlukan kerana pendapatan mereka melepasi had kelayakan.

Ahmad Husni berkata nama 17,000 penerima itu akan dikeluarkan daripada senarai penerima BR1M.

Berita Berkaitan

PETRONAS rugi RM3.4 bilion suku ketiga 2020

Kerana dijarah dan di perah semenjak rejim PH sehingga era Tok Abah Kau, Petronas...

Ekonomi – Mahathir Vs Najib

Aku tengah tengok temuramah Sinar Harian terhadap DS Najib. Satu soalan yang ditanya adalah apakah...

BELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300

Kerajaan mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300 bermula tahun...

Kakitangan awam dapat RM600, pesara RM300

Demi menghargai jasa dan bakti anggota perkhidmatan awam, kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan RM600...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...