31.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 27, 2021

Selepas 8 bulan, jemaah luar negara dibenarkan tunai umrah

Jemaah tak dikuarantin, teruskan perjalanan ke Masjidil Haram

Kumpulan pertama jemaah luar negara menunaikan umrah di tanah suci pada Rabu selepas ibadah itu ditangguhkan selama lapan bulan disebabkan penularan wabak COVID-19.

Menurut laporan Agensi Anadolu, jemaah pada awalnya perlu menjalani kuarantin selama tiga hari sebaik ketibaan sebelum boleh meneruskan perjalanan ke Masjidil Haram.

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi di Twitter berkata, jemaah luar negara tidak dikuarantin dan meneruskan perjalanan ke Masjidil Haram.

Minggu lalu, penerbangan pertama yang membawa jemaah umrah termasuk dari Indonesia dan Pakistan mendarat di lapangan terbang Jeddah. – Bernama

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.