Selepas Anwar, Ku Li pula dipanggil ke istana hari ini, kata sumber - pakdin.my

Selain Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan diterima menghadap Yang Dipertuan Agong jam 10.00 pagi ini, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li juga dijadualkan menghadap hari ini.

Beliau dijangka akan menghadap jam 2.30 petang ini selepas selesai Anwar menghadap dan mempersembahkan jumlah Ahli Parlimen yang bersama beliau.

Namun tidak diketahui kenapa beliau turut dipanggil oleh istana. Persoalan ini menjadi pertanyaan di kalangan wartawan yang menunggu di pintu istana.

Menurut sumber, selepas kedua-dua mereka, turut dipanggil menghadap adalah ketua-ketua parti termasuk Bersatu, Umno, Pas, DAP, AMANAH dan juga Warisan.

Perdana Menteri yang juga Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mempunyai 18 ahli Parlimen (MP) turut dipanggil ke istana hari ini.

“Lim Guan Eng dipanggil Rabu ini manakala Mohamad Sabu dipanggil Khamis,” kata sumber itu.

Semua pemimpin parti yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional dijangka akan menghadap baginda hari ini sebelum pemimpin parti pembangkang pula dipanggil, kata sumber itu juga.

Pada 23 September lepas, Anwar mengumumkan beliau mempunyai sokongan yang kuat untuk membentuk kerajaan baru dan mengisytiharkan kerajaan PN pimpinan Tan Sri Mahyuddin Yassin telah jatuh dengan sokongan itu.

Beberapa hari lalu beliau mengumumkan Yang Dipertuan Agong telah bersetuju menerima beliau menghadap pada jam 10 pagi hari ini.

UTAMABERITASelepas Anwar, Ku Li pula dipanggil ke istana hari ini, kata sumber

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium