28.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 20, 2020

Selepas Gagal Di Petaling Jaya, Mahu Berdemo Pula Di Alor Setar

Sesudah gagal di Petaling Jaya pada perhimpunan pertama Sayangi Malaysia Hapus Kleptokrasi, Sabtu lepas, pembangkang mahu buat lagi himpunan yang sama. Kali ini di Alor Setar, Kedah.

Perhimpunan di Kedah itu akan diadakan di Dataran Harapan Baru Stargate dan ia bermula pada pukul 4 petang hingga 12 malam. Sejumlah 100,000 orang dijangka akan hadir di Kedah, seperti yang diangan-angankan oleh Presiden PAN, Mat Sabu.

“Ramai orang dari merata-rata pelusuk Malaysia akan hadir di Kedah memberi sokongan kepada demonstrasi Pakatan Harapan (PH) yang diketuai Pengerusi PH, Mahathir Mohamad dan DAP” kata Mat Sabu.

Di Padang Timur MBPJ, Mat Sabu kata ada 100,000 akan hadir. Kemudian turun angka jadi 30,000. Petang itu, Mat Sabu amat yakin akan “achieve target” dan padang akan “melimpah limpah” dengan orang katanya.

Akhirnya yang hadir 4,000 orang sahaja. Hanya 4% sahaja dari sasaran sebenar. Hari ini di Alor Setar, entah berapa juta orang lah yang dijangka hadir. Silap silap “melimpah ruah” sampai ke atas “highway”.

Mat Sabu dan Mahathir amat yakin orang Kedah akan datang untuk “dengaq” kelentong basi depa malam ini. Belum tentu lagi orang Kedah akan “mai”. Orang Kedah pun cerdik, depa tau dah siapa yang duk kelentong depa berpuluh tahun dulu.

Kubang Pasu apa jadi setelah 22 tahun orang itu jadi Perdana Menteri. Berapa ramai orang Kubang Pasu yang keluar dari kemiskinan sejak dia jadi PM? Rumah dia pun tak dak di Kubang Pasu, ada di Country Height, The Mines dan London. Sebab itulah masa Mahathir bertanding G7 dulu, orang Kubang Pasu bagi dia kalah.

Malam ini, Mahathir nak mai Kedah cerita bab “kelentong-basi” lagi. Kalau orang Kedah tanya nanti jenuh Mahathir hendak jawab. Mahathir boleh jawab kah kalau ada orang tanya soalan sebegini ;

“Lanun Kerala mana yang curi duit sampai RM32 billion? Duit tu hang sorok pi mana?”

Pasti ada kerusi terbang kalau ada orang tanya soalan macam itu malam ini.

Kalau untuk perhimpunan kedua ini, gagal dan kehadirannya lebih teruk, Mahathir kena akur bahawa kepimpinannya dalam PH telah gagal sepenuhnya.

Dua kali cuba cetuskan momentum sebelum pilihanraya. Dua kali gagal. Tidak memberi impak yang diharapkan sebelum PRU14. Tengok muka Ambiga, Wan Azizah dan Kit Siang, sudah tahu awal lagi yang himpunan itu gagal.

Untuk mengelak pembangkang daripada rugi akibat kegagalan kali kedua, kutipan derma dijangka akan dilaksanakan sekali lagi di Alor Setar malam ini. Jika di Petaling Jaya dapat kutip RM68,000, malam ini entah berapa yang akan dikutip dari poket rakyat untuk habuan pemimpin pemimpin di atas pentas.

Mat Sabu seperti biasa akan jadi wakil DAP untuk umum sesi kutipan derma pada malam ini nanti. Berapa pula jumlah kehadiran malam ini? Mat Sabu mesti akan sebut ratusan ribu.

Lagi ramai orang dekat pasar malam dan nat (pasar pagi). Orang Kedah sudah tahu, Mahathir sekarang sedang diperkudakan oleh DAP. Mahathir hanyalah alat memancing undi Melayu sahaja.

Sanggup cakap apa sahaja demi DAP. Orang Kedah lebih percaya Tok Bashah dan Barisan Nasional di Kedah. Tok Bashah duk di Alor Setar, dia tak balik rumah di KL pada setiap petang Khamis.

Baik ambil pemimpin yang duduk di Kedah dari orang itu yang hanya mau kuasa sahaja di Kedah. Orang Ayer Hitam lama tak jumpa YB mereka. Lama dah hilang tak tau pi mana. Boboi namanya. DUN pun tidak terjaga, duk kalut hendak jadi Perdana Menteri pulak dah.

Berita Berkaitan

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.

Mahathir cadang cukai bagi perniagaan online

“Perniagaan dalam talian yang berurusan secara terus telah menyebabkan perniagaan konvensional terjejas dan kutipan cukai perniagaan juga berkurangan.

Boleh simpan YB belot, tetapi kerusi PRU milik parti dahulu

“Kamu boleh simpan YB (ahli Parlimen) belot, tetapi kerusi (pilihan raya) tetap milik parti dimenangi dahulu.” Demikian kenyataan tegas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri...
00:02:21

[Video] RPK Dakwa Mahathir Bakal Hilang RM100 Billion Jika Mukhriz Tidak Jadi PM

Ketika Mahathir dan kuncunya menaburkan dedak untuk mengutuk 1MDB bagi dimamah oleh penyokong dan kepada rakyat, ramai tidak tahu kisah sebenar Mahathir mahu menumbangkan...

Apa Salahnya Pulau Pinang Jadi Bandar Kristian? – Dr Ariffin Omar

(menara.my) – Senator lantikan parti DAP, Senator Dr. Ariffin S.M Omar berpandangan bahawa tiada apa yang perlu dirisaukan jika Pulau Pinang menjadi Bandar Kristian....

6 Ahli parlimen PAN akan umum keluar parti sertai PPBM?

Seramai enam orang ahli parlimen Parti Amanah Negara (PAN) dijangka akan menyertai menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam masa terdekat. Menurut sumber mereka memilih...

[Video] PPBM setuju sertai Muafakat Nasional

Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin mengumumkan parti pimpinannya bersetuju menyertai Muafakat Nasional (MN), kerjasama antara Umno dan PAS. Beliau dalam satu rakaman video berkata, ia adalah...

Ekonomi negara jatuh berbanding kebanyakan negara dunia kerana salah urus

Bila bon Kerajaan Malaysia tidak lagi berada dalam indeks global, pelabur asing yang melabur dalam bon kerajaan terpaksa menjual dan membawa keluar duit mereka untuk melabur di dalam bon negara lain yang berada dalam indeks tersebut.

Lim Kang Hoo dari The Loaf ke Bandar Malaysia

Namun begitu sebuah syarikat bernama Ekovest Berhad melalui sebuah syarikat subsidiari mereka Duke Dining Sdn Bhd telah membeli keseluruhan saham The Loaf dan merancang untuk menghidupkan semula rangkaian bistro tersebut bermula tahun ini.

Mahathir dimalukan netizen di Facebook Perdana Menteri Pakistan

Kemeriahan sambutan luar biasa ke atas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad sempena lawatan negara ke Pakistan itu sedikit mendatangkan kecacatan apabila ruangan komen facebook Imran Khan dihujani dengan ribuan komen daripada rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan pimpinan Dr Mahathir sejak kembali menawan Putrajaya.

Komen

..

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Najib persoal rekod bersih Warisan berkait projek jalan RM1.4 bilion

Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan rekod Warisan Plus sebagai kerajaan yang bersih dan telus sekali gus menuntut jawapan mengenai cara bagaimana kontrak projek...

Ekonomi Sabah menjunam dibawah Warisan kata Najib

Saya amat kagum dengan jawapan tipu diberi Shafie Apdal bahawa ekonomi Sabah merosot sejak mereka ambil alih pada tahun 2018 adalah salah kerajaan BN...

#PRNSabah: ‘Hukum kami jika mungkir janji’

Pentadbiran negeri di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dibarisi Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) sedia dihukum rakyat...

Najib cemuh Warisan isu janji manifesto

Bekas perdana menteri Najib Razak mencemuh Warisan selepas Presiden Shafie Apdal mempertikaikan dapatkah atau bolehkah manifesto Gabungan Rakyat Sabah dilaksanakan dan dicapai. Najib berkata manifesto...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,344PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...