Array

Selepas heboh kebanjiran pendatang kini banjir lumpur di Cameron Highlands (video)

wpid-banjir-lumpur-cameron-highland.jpg

Hujan lebat berterusan dan kenaikan paras air Sungai Ringlet di sini menyebabkan banjir lumpur yang menjejaskan lebih 20 rumah penduduk selain merosakkan beberapa kenderaan.

Difahamkan sehingga kini sekurang – kurangnya dua orang penduduk sekitar kawasan tersebut cedera ringan dalam kejadian yang mula dilaporkan sejak lewat petang tadi.

Antara kawasan penempatan terjejas teruk dengan banjir lumpur yang mencecah hampir paras lutut itu ialah Pekan Ringlet, Kampung Baru Ringlet dan juga Kampung Ulu Merah.

Kawasan terjejas hanya terletak kira-kira empat kilometer dari lokasi kejadian banjir lumpur di Lembah Bertam yang mengorbankan empat nyawa pada 23 Oktober lalu.

Dalam kejadian tahun lalu, empat orang terbunuh selain aliran air yang membawa sampah sarap, pokok dan pasir itu turut menyebabkan 80 rumah di tebing sungai terjejas, serta memusnahkan puluhan kenderaan, kedai dan Surau An Nur Lembah Bertam.

 

 

Berkaitan