Selepas Najib Razak difitnah, kini Mahathir memanggil semula syarikat China ke Malaysia - pakdin.my

#JualNegara #KERAjaanTomato

Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad akan menumpukan usaha untuk menarik pelabur China semula dalam kunjungannya ke negara itu pada Ogos ini setelah beliau puas menfitnah Barisan Nasional membawa pelabur China ke sini dengan alasan “jual negara” pada sebelum Pilihanraya ke 14 lalu.

“Saya akan menjemput syarikat China untuk melabur di Malaysia khusus bagi meningkatkan produktiviti menggunakan tenaga buruh dan sumber kita ,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kepemimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), di sini, hari ini.

Dr Mahathir memberitahu perkembangan terkini apa yang sudah dilakukan oleh Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin dalam lawatannya ke negara itu.

“Beliau (Daim) ada membangkitkan beberapa perkara berhubung pemberian kontrak (kepada Syarikat China) dan kenyataan bahawa Malaysia tidak mempunyai wang,” katanya.

“Itu adalah perkara utama yang kita akan bincangkan semasa di China nanti,” katanya.

Tun Daim bersama beberapa pegawai ke Beijing, China awal minggu ini bagi melakukan rundingan semula berhubung kontrak dan pinjaman negara bersama negara itu.

Daim dan beberapa pegawai kini berada di China membawa perutusan Dr Mahathir.

Ditanya sama ada mesyuarat itu produktif, beliau berkata tidak tahu apa-apa kerana Daim masih belum melaporkan kepadanya.

………
https://pakdin.my/tag/china

UTAMAEKONOMISelepas Najib Razak difitnah, kini Mahathir memanggil semula syarikat China ke Malaysia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium