Selepas Tun Dr. M, Anwar serang Tun Daim pula #PRU13 #TolakPR 4 #BetterNation - pakdin.my

anwar-bersilat

Selepas menyerang Tun Dr. Mahathir Mohamad selama ini, malam tadi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ternyata tidak senang kepada bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

Gara-gara Daim dalam ucapan-ucapannya kebelakangan ini tidak menyebelahi pakatan pembangkang, Anwar lantas menuduhnya sebagai menteri kewangan yang paling korup dalam sejarah Malaysia.

 

Beliau membuat tuduhan berbaur emosi itu ketika berceramah di Betaria Business Centre, Jalan Dato’ Siamang Gagap di sini malam tadi.

 

Tuduhan Anwar itu sudah pasti sebagai respons beliau kepada ucapan Daim ketika berceramah di Putrajaya kelmarin yang menyifatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) seorang pelakon yang hebat dan bijak mengaburi mata penonton.

 

Malah, katanya, Anwar bukan sahaja bijak bermain kata-kata malah mampu memperdayakan orang di sekelilingnya dengan mendakwa setiap tuduhan terhadapnya sebagai konspirasi.

 

Sementara itu, Anwar dalam ceramahnya malam tadi menyatakan rasa tidak berpuas hati dengan perjalanan pengundian awal semalam dengan mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih belum menyelesaikan beberapa perkara yang dibangkitkan oleh pakatan pembangkang.

UTAMAPILIHAN RAYASelepas Tun Dr. M, Anwar serang Tun Daim pula #PRU13 #TolakPR 4...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium