Sunday - July 25, 2021 @ 06:37
NASIONALSABAHSelesai Krisis Lahad Datu Segera Bagi Elak Campur Tangan Kuasa Besar, Kata...

Selesai Krisis Lahad Datu Segera Bagi Elak Campur Tangan Kuasa Besar, Kata Cendekiawan Filipina

Ops SULUInsiden pencerobohan di Lahad Datu mesti diselesaikan secara baik dan cepat bagi mengelakkan sebarang campur tangan kuasa-kuasa besar, kata cendekiawan Islam Filipina.

Walaupun yakin perkara itu boleh diselesaikan oleh pihak-pihak berkenaan, Prof Jukipli Wadi Adduk, berkata jika situasi itu berlarutan, ia mungkin mengundang pihak ketiga yang berminat ke dalam krisis itu.

“Saya dapat melihat kuasa luar mampu untuk campur tangan jika kedua-dua negara tidak mengambil tindakan pantas untuk menangani isu itu. Sekiranya ini berlaku, kita akan berdepan dengan masalah lebih besar di Asia Tenggara.

“Ada kita benar-benar mahu campur tangan daripada kuasa besar?,” kata Ketua Jabatan Pengajian Islam dari Universiti Filipina itu pada wacana bertajuk: ‘The Sabah Claim and Beyond’ anjuran Universiti Malaya, di sini Jumaat.

Pandangan Prof Julkipli itu turut dipersetujui oleh pensyarah undang-undang antarabangsa, Prof Romel R. Bagares dari Lyceum Philippines University yang memberi amaran bahawa krisis itu boleh memberi kesan buruk terhadap keselamatan bukan sahaja untuk kedua-dua negara itu malah di rantau ini.

Ia juga boleh menjejas rancangan penubuhan Komuniti Asean menjelang 2015, katanya.

“Sekiranya ia bertambah buruk, ia tidak lagi menjadi isu Malaysia-Filipina. Ia akan menyebabkan ketidakseimbangan kuasa dan ketidakstabilan di rantau ini. Ini adalah sesuatu yang Asean mahu mengelak sama sekali,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar berkata tindakan afirmatif harus diambil untuk menyelesaikan krisis tersebut.

“Saya bimbang sekiranya kita tidak menyelesaikan masalah ini buat selama-lamanya, ia mungkin berulang dan akan menjadi lebih serius daripada sekarang,” katanya.

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here