Seleweng Dana RM1.5b: Shafie Apdal Ditahan SPRM - pakdin.my

*************
Sumber SPRM memaklumkan bekas menteri kemajuan luar bandar dan wilayah itu ditahan di pejabat SPRM di Kota Kinabalu pada jam 9 malam tadi.
*************

Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam ini dalam siasatan berkaitan penyelewengan dana pembangunan luar bandar di Sabah berjumlah RM1.5 bilion.

Sumber SPRM memaklumkan bekas menteri kemajuan luar bandar dan wilayah itu ditahan di pejabat SPRM di Kota Kinabalu pada jam 9 malam tadi.

Ini menjadikan 11 orang ditahan SPRM berhubung kes itu, setakat ini.

Shafie yang juga ahli Parlimen Semporna dipanggil SPRM untuk memberi kenyataan berhubung siasatan penyelewengan dana itu, hari ini.

Adik Shafie yang juga Adun Lahad Datu daripada Umno, Datuk Yusof Apdal masih direman SPRM.

Bagaimanapun, seorang lagi adiknya, Hamid dibebaskan daripada tahanan reman berhubung kes sama dengan ikat jamin RM50,000 dan RM25,000 lagi didepositkan berserta 2 penjamin, hari ini.

Menantu Hamid turut dibebaskan hari ini.

Kira-kira 350 projek di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dilaporkan dipantau SPRM atas dakwaan penyelewengan dana persekutuan.

Dana RM1.5 bilion itu dikatakan sebahagian daripada RM7.5 bilion untuk pembangunan prasarana air, elektrik dan jalan raya itu di Kota Kinabalu, Kudat, Kota Belud, Ranau, Beaufort, Keningau, Lahad Datu, Tawau dan Sandakan, antara 2009 hingga 2015.

Lebih 45 orang disoal siasat SPRM sejak siasatan itu bermula 3 minggu lalu. Sebanyak 72 syarikat di Sabah juga dilaporkan disiasat SPRM.

************************
Individu Ke-10 Ditahan SPRM

Sementara itu seorang jurutera awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan dana awam di Sabah, petang tadi.

Amarjit Singh, 47 yang juga setiausaha Parti Warisan Sabah (WARISAN) Putatan ditahan selepas hadir ke pejabat SPRM Sabah untuk memberi keterangan.

Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki dilaporkan mengesahkan penahanan.

Sementara itu, Presiden WARISAN, Datuk Seri Shafie Apdal juga berada di bangunan yang sama sejak petang tadi untuk memberi keterangan.

Lebih 45 orang disoal siasat dan 10 orang ditahan SPRM sejak siasatan itu bermula sejak awal bulan ini.

 

UTAMABERITASeleweng Dana RM1.5b: Shafie Apdal Ditahan SPRM

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium