Seleweng Dana RM1.5b: Tidak Timbul Persoalan Pendakwaan Berpilih - pakdin.my

Ramai orang masih belum jelas mengenai skandal rasuah Shafie Apdal-KKLW yang telah menyaksikan lebih daripada 45 orang yang disoalsiasat oleh SPRM dan ramai yang ditahan reman.
Antara yang telah ditahan reman termasuklah:

  • Naib Presiden Parti Warisan Sabah dan kontraktor jutawan Peter Anthony yang telah lama bersekongkol bersama Shafie Apdal.
  • Adik Shafie, Yusof Apdal, Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu,

  • Adik Shafie, Hamid Apdal

  • Menantu Hamid Apdal

  • Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tenom, Jamawi Jaafar dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tawau, Ariffin Kassim – Kedua-duanya pernah bekerja dengan Shafie Apdal semasa di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

  • Ketua Pemuda Parti Warisan Sabah Azis Jamman yag juga anak saudara kepada Shafie.

  • Beberapa orang pegawai kanan Kementeria Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan ahi perniagaan.

SPRM menganggarkan kira-kira RM1.5 bilion disalurkan, daripada RM7.5 bilion yang diperuntukkan bagi projek-projek di Sabah yang melibatkan pembangunan air, elektrik dan infrastruktur jalan raya.
Modus operandi adalah Shafie sebagai menteri akan mendesak tender terpilih untuk projek-projek ini di mana hanya sekumpulan syarikat terpilih telah dipelawa untuk membida projek-projek ini.
Syarikat yang dianugerahkan kerja-kerja tersebut adalah yang mereka ada kepentingan. Banyak daripada projek tidak dilaksanakan dengan sempurna, gagal disiapkan atau tidak mengikut spesifikasi atau gagal – tetapi pembayaran masih dibuat dengan kelulusan secara tidak sah oleh pegawai kementerian tertentu.
Selepas tahun 2013, apabila Kementerian Kewangan tidak memberi kelulusan tender terpilih dan mengarahkan tender terbuka, Shafie telah menulis surat rayuan demi rayuan untuk melaksanakan tender terpilih. Ada kemungkinan ini yang menyebabkan beliau mula marah kepada kerajaan
Sesetengah orang bertanya mengapa tindakan hanya diambil sekarang dan ini adalah pendakwaan terpilih?
Nah, projek-projek itu sepatutnya dilaksanakan antara tahun 2009 dan 2015. Ia hanya adalah selepas tempoh tertentu selepas projek-projek telah dianugerahkan sebelum kita dapat menentukan sama ada mereka telah dilaksanakan dengan sempurna.
Kita tidak akan tahu pada masa kontrak dianugerah atau tidak lama selepas itu kerana kita perlu menunggu kemajuan projek.
Jika ia disiapkan berdasarkan tempoh kontrak, mematuhi spesifikasi dan mengikut kos yang diberikan maka tidak akan menjadi masalah.
Tetapi mereka tidak mematuhinya tetapi telah pun dibayar.
Selepas itu SPRM menerima laporan dan memulakan siasatan.
Selain daripada pemimpin-pemimpin tertinggi Warisan, 3 pemimpin kanan UMNO juga ditahan – jelas menunjukkan bahawa SPRM telah bertindak mengikut prosedur.
Projek-projek yang didakwa itu adalah untuk kawasan luar bandar di Sabah yang merupakan antara yang paling miskin dan daif di Malaysia. Kebanyakan projek ini – yang merupakan keperluan asas masyarakat – boleh boleh dianggap sesuatu yang amat diperlukan oleh mereka. (lihat gambar).
Adalah menjadi jenayah untuk tidak menyiasat atau mengambil tindakan terhadap mereka yang mencuri wang dari orang miskin.
Tidak timbul persoalan tentang pendakwaan berpilih.

 

UTAMABERITASeleweng Dana RM1.5b: Tidak Timbul Persoalan Pendakwaan Berpilih

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium