‘Semalam Rafizi Kata Harga Minyak Naik’, Demikian Kecaman Netizen - pakdin.my

Selepas semalam meramal harga bahan api mingguan akan naik mendadak, pakar putar alam negara, Rafizi Ramli menukar pendirian dengan mendakwa harga turun sehingga 5 sen untuk seliter.

Mungkin kebetulan, pengumuman yang dibuat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada Rabu menunjukkan harga RON95, RON97 dan Diesel turun antara 1 sen hingga lima sen.

Harga petrol RON95 dan RON97 dijual dengan harga RM2.25 dan RM2.52 seliter bermula selepas tengah malam ini.

Manakal Diesel dijual dengan harga RM2.20 seliter.

Pada Selasa, wakil rakyat PKR itu dalam satu sidang media secara langsung di Facebooknya mendakwa harga akan naik.

“Kepada Rahman Dahlan, esok saya jangka harga minyak naik lagi.

“Sebab ada paip pecah, jadi harga minyak ‘masaklah besok’,” kata Rafizi.

Dengan nada seperti menakutkan rakyat, Naib Presiden PKR itu berkata tiada tanda khusus menunjukkan harga minyak di negara ini akan turun mendadak dalam masa terdekat.

“Kalau tak naik banyak esok, minyak akan naik pada minggu depan dan minggu depan,” dakwa Rafizi.

Namun mungkin kerana menyedari pengiraan beliau itu ‘tidak betul’, pada petang tadi, Rafizi memuatnaik kenyataannya sejurus KPDNKK mengumumkan senarai harga sebenar.

Dalam kenyataan terbaharu itu, graduan jurusan kejuruteraan itu cuba mengaburi mata masyarakat dengan mendakwa bahawa kiraan terbaharu beliau menunjukkan harga RON95 akan turun lima sen.

Sementara itu netizen mengecam kenyataan Rafizi disifatkan tidak tetap pendirian.

Kebanyakan mereka melihat ahli parlimen itu sudah kering modal serta pakar membuat U-Turn.


Beberapa komen oleh netizen yang mengutuk kenyataan U-Turn Rafizi berkenaan harga minyak.

 

*************

UTAMAPOLITIK‘Semalam Rafizi Kata Harga Minyak Naik’, Demikian Kecaman Netizen

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium