Sembilan Kereta Tertimbus Akibat Tanah Runtuh - pakdin.my

Sebanyak sembilan kereta tertimbus dalam satu kejadian tanah runtuh dekat persimpangan Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur
Sebanyak sembilan kereta tertimbus dalam satu kejadian tanah runtuh dekat persimpangan Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur

Kira-kira sembilan kereta tertimbus dalam satu kejadian tanah runtuh dekat persimpangan Jalan Dang Wangi (Bukit Nanas).

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

Laporan menunjukkan kawasan tersebut masih tidak stabil kerana pergerakan tanah masih boleh dilihat.

Beberapa laluan ke Jalan Ampang dekat insiden tanah runtuh itu ditutup untuk lalu lintas.

Terdahulu, beberapa pengguna Twitter melaporkan tanah runtuh berlaku di hadapan stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Dang Wangi di Kuala Lumpur.

Beberapa pengguna jalan raya turut menghantar tweet beberapa buah kereta tertimbus dalam insiden tanah runtuh itu.

kereta-tertimbus campbell 2 kereta-tertimbus campbell 3

UTAMABERITASembilan Kereta Tertimbus Akibat Tanah Runtuh

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium