Sempat paut batang kayu sebelum tenggelam - pakdin.my

SHAH ALAM – Seorang pemuda yang mati lemas di Tasik Cermin, Alam Budiman, di sini petang tadi dipercayai pergi bermandi-manda di tasik itu bersama enam rakannya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, berdasarkan siasatan mangsa, R. Puravinraj, 19, kemudiannya telah terjun ke tasik berkenaan sebelum tenggelam.

“Berdasarkan keterangan saksi, mangsa sempat berpaut pada sebatang kayu.

“Mangsa kemudian ditemukan pasukan bomba dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Klinik Kesihatan Meru,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, pemeriksaan mendapati tiada sebarang kecederaan ditemui pada mangsa dengan tiada unsur jenayah dikesan berhubung kejadian tersebut.

Ujar Baharudin, mayat Puravinraj dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Kosmo! terdahulu melaporkan suasana di Tasik Cermin, Puncak Perdana di sini, gempar apabila seorang pemuda ditemui lemas di tasik itu, petang tadi.

Mayat Puravinraj ditemui pukul 4.33 petang pada kedalaman empat meter Tasik Cermin.

UTAMABERITASempat paut batang kayu sebelum tenggelam

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium