"Semua Kerja Dah Selesai" – Omardin - pakdin.my

** Aku pernah menjadi ‘juru tulis’ kepada Allahyarham

omar-din-meninggal-dunia

“Arwah ada sebut, semua kerjanya dah selesai dan alhamdulillah, hari ini dia pergi dengan tenang,” kata Senator Datuk Megat Zulkarnain Omardin.

Anak sulung Pendekar Negara, Tan Sri Omardin Mauju itu nyata reda dengan ketentuan ilahi apabila ayahandanya dijemput Ilahi ketika menerima rawatan di KPJ Tawakal, di ibu negara pada pukul 3.20 pagi Sabtu.

Hanya 10 hari lalu, pengasas Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) tersenyum tanda puas kerana hasratnya untuk melihat perasmian Kompleks Lincah Mahaguru Omardin (KLMO) di Taman Sunway, Batu Cave tercapai.

Sebelum itu, diadakan majlis pertabalan barisan kepimpinan muda seni silat lincah negara yang sekali gus dilihat sebagai usaha Allahyarham untuk memastikan perjuangannya dapat diteruskan barisan pelapis yang diiktiraf oleh beliau sendiri.

Malahan, kecintaan Allahyarham kepada seni mempertahankan diri tidak dapat disangkal apabila menggagahkan diri untuk menghadiri majlis perasmian kejohanan Onesilat di Putrajaya, April lalu walaupun dalam kesihatannya tidak begitu baik.

“Kini tanggungjawab kami untuk meneruskan perjuangannya bagi memastikan seni silat terus terpelihara.

“Amanatnya kepada saya yang utama supaya menjaga keluarga besar kami dan memastikan adik-adik meneruskan perjuangannya dalam seni mempertahankan diri termasuk adik bongsu yang kini berusia tujuh tahun,” katanya ketika ditemui di KLMO.

Menghidap kanser tulang sejak lebih setahun lalu dan meninggal dunia pada usia 74 tahun akibat beberapa komplikasi termasuk buah pinggang, Allahyarham meninggalkan dua isteri, Puan Sri Raja Azizah Raja Ahmad Shah dan Datin Norazian Abdul Rahman serta sembilan anak.

Bagaimanapun, anak keduanya, Wan Zurina yang menghidap kanser perut meninggal dunia, Oktober lalu.

Jenazah anak kelahiran Puchong, Selangor yang menerima Anugerah Pendekar Negara pertama pada 2011 ini akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Puah, Gombak selepas solat Zuhur.

Sebaik jenazah tiba di KLMO selepas subuh, orang ramai terutama di kalangan anak muridnya serta pemimpin mula hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada pejuang seni mempertahankan diri negara itu.

Antara yang hadir ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Yang dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas; bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

UTAMAPOLITIK"Semua Kerja Dah Selesai" - Omardin

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium