Semua Kru Bot Tempur CB90 Selamat – Panglima TLDM

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

10 preman pemeras sopir truk pasar Tanah Abang diamankan

Modusnya mereka menghalangi truk barang yang mau keluar pasar Jakarta...

Benarkah UMNO bentuk jajaran baharu?

1. Sejak beberapa hari ini tular pelbagai poster yang...

Kerajaan PN: Kaji, siasat dan rangka…

20 Jan 2021: Kerajaan PN akan kaji kenaikan harga...

INW: Indonesia pasar menggoda sindikat narkoba internasional

masih lemahnya sistem pengamanan yang sudah ada Jakarta (ANTARA) -...

Kemaskini

SEMUA OK-tujuh anggota bot tempur TLDM yang hilang dalam cuaca buruk dekat Pulau Mengalum, Barat Sabah pagi Ahad ditemui selamat sebentar tadi

wpid-bot-tempur-cb90.jpg

Kesemua tujuh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berada di dalam bot tempur yang hilang sejak pagi Ahad di perairan Pulau Mengalum, Sabah, diyakini selamat.

Panglima TLDM, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, bot CB90 itu masih boleh beroperasi walaupun dalam keadaan cuaca buruk kerana ia dilengkapi sistem apungan yang tinggi.

Beliau berkata, jika bot itu terbalik akibat daripada pukulan ombak besar mahupun ribut kencang, ia secara automatik akan terapung semula.

“Saya percaya dan yakin bahawa bot tempur bersama tujuh anggota saya masih selamat kerana ia memiliki ciri apungan yang tinggi.

“Apa yang saya harapkan, ketika kejadian itu, tidak berlaku sebarang kebocoran pada bot berkenaan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau berkata, operasi SAR akan diperluaskan walaupun keadaan cuaca buruk di perairan Sabah.

Bot tempur yang dinaiki tujuh kru diketuai Lt Azri Bakar terputus hubungan dengan kapal pengiring KD Paus semasa dalam perjalanan ke Stesen LIMA TLDM di Terumbu Layang-Layang, Sabah.

Dalam satu kenyataan malam Ahad, Abdul Aziz berkata, bot tempur itu belayar dari Pangkalan TLDM Kota Kinabalu pada 5 pagi Ahad sebelum terputus hubungan komunikasi radio dengan kapal pengiring tersebut pada 11.15 pagi.

BACA juga:

Leave a Reply