32.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 20, 2021

Semua mangsa ‘kepala air’ di Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu selamat .

kepala air subgai chiling

Semua 14 mangsa yang terperangkap dalam insiden kepala air ketika berada di kawasan Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu, dekat sini malam tadi, berjaya diselamatkan awal pagi ini.

Mereka yang berusia lingkungan 20-an itu terdiri daripada 12 lelaki dan dua wanita itu, dibawa turun ke Pos Kawalan Bomba dan Penyelamat Sungai Chiling pada kira-kira 2 pagi.

Penolong Penguasa Bomba Kuala Kubu Bharu, Kamil Hamadan berkata, mereka terdiri daripada dua kumpulan pengunjung warga tempatan yang dikatakan melakukan aktiviti mendaki bukit di lokasi itu ketika kejadian.

“Kedua-dua kumpulan ini ditemui di tepi sungai berhampiran kawasan Lintasan 6 sungai berkenaan pada pukul 1 pagi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

“Semua mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,”.

Kamil berkata, sebanyak 19 anggota bomba terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa sebaik menerima panggilan mengenai mangsa yang terperangkap di pusat rekreasi itu, pada 7 malam itu. Dalam operasi SAR malam tadi, sebanyak tujuh pengunjung warga Pakistan diselamatkan pada 10.45 malam.

Berita Berkaitan

Komen

  1. Pusar air dari hujan di hulu.
    Hujan lebat di Hulu Sungai bawa air besar dengan sampah sekali ke hilir sungai yang tak hujan.
    Datang mengejut.
    Orang yang biasa dengan sungai sahaja yang tahu akan berlaku kepala air.. Antaranya banyak sampah daun dan ranting hanyut. Air di bawah terasa sejuk dsbnya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.