Semua masjid dimohon lakukan solat sunat Istisqa’ - pakdin.my

Solat sunat Istisqa di Masjid Negara dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Sheikh Ismail Muhammad
Solat sunat Istisqa di Masjid Negara dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Sheikh Ismail Muhammad

Semua masjid dan surau terutama di Wilayah Persekutuan diseru melakukan solat sunat Istisqa’ bermula hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, solat sunat ini merupakan jalan memohon kepada Allah agar diturunkan hujan dalam menangani insiden jerebu yang melanda negara sekarang.

Menurut Jamil Khir lagi, solat sunat Istisqa’ ini adalah tambahan kepada usaha-usaha yang dilakukan kerajaan termasuk pembenihan awan dalam menghasilkan hujan untuk menangani jerebu.

“Bermula hari ini, selain kita di Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan di Putrajaya turut mengadakan solat Istisqa’ selepas solat zohor

“Saya juga telah memohon semua kerajaan negeri untuk mengarahkan masjid dan surau di negeri mereka untuk melakukan solat sunat Istisqa’ setiap hari agar usaha ini dimakbulkan Allah dalam menurunkan hujan.

“Kita amat berharap Allah memakbulkan doa kita kerana jerebu yang kita hadapi sekarang semakin kronik sehinggakan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) terpaksa mengumumkan darurat bencana alam di sesetengah daerah,” katanya pada sidang akhbar selepas solat Zohor dan solat sunat Istisqa’ di Masjid Negara di sini hari ini.

Kedua-dua solat itu tadi diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhamad yang turut dihadiri oleh 1, 000 jemaah.

Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali dan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasaruddin Mat Isa.

 

UTAMAGAYA HIDUPAGAMASemua masjid dimohon lakukan solat sunat Istisqa'

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium