26.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 23, 2020

Semua pihak berdiri di sebelakang Prof Dr Aziz Bari tetapi tidak bersama nasib dua naib canselor Unisel, kenapa?

DR ABDUL AZIZ BARI

PETALING JAYA: Nampaknya isu berkaitan tindakan penggantungan tugas buat sementara waktu oleh pihak pengurusan Universiti Islam Antarabangsa (UIA), ke atas pensyarah undang-undang mereka, Prof Dr Abdul Aziz Bari telah mengundang reaksi yang merentasi pelbagai spektrum dan lapisan organisasi.

Dari persatuan kakitangan akademik universiti lain, rakan-rakan pensyarah seperti Dr Asri Zainul Abidin sehinggalah kepada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan pertubuhan politik tidak terlepas daripada turut mengambil bahagian melontarkan kritikan dan pandangan mereka ke atas tindakan penggantungan Dr Aziz Bari itu.

Malah Dr Asri mengatakan tindakan UIAM itu sebagai sesuatu yang tidak bertamadun dan memalukan dunia akademik.

Malah kalangan pelajar UIA sendiri telah mengadakan tunjuk perasaan di luar pekarangan masjid universiti sejuru selepas solat Jumaat dengan menyatakan tidak setuju dengan tindakan yang dikenakan ke atas cikgu mereka itu.

Dari kalangan pemimpin-pemimpin parti politik pula, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, Exco Kerajaan Negeri Selangor Elizabeth Wong, Ketua Pemuda PKR, Shamsul Md Akin dan ramai lagi turut mengecam tindakan yang diambil oleh UIAM ke atas Dr Aziz Bari.

Rektor UIA Prof Datuk Dr Zaleha Kamaruddin tidak duduk diam. Beliau dengan segera pada tengah hari Jumaat memanggil satu sidang akhbar bagi membetulkan persepsi dunia luar ke atas apa yang berlaku.

Katanya, tindakan penggantungan yang dikenakan ke atas Dr Aziz Bari sebenarnya bukanlah satu bentuk hukuman tetapi ia adalah sekadar tempoh untuk memberi tunjuk sebab berhubung kenyataan Aziz berkaitan titah Sultan Selangor, Sultan SharafuddinIdris Shah baru-baru ini.

Dr Zaleha juga menjelaskan, penggantungan khidmat Abdul Aziz berkuat kuasa dari 19 sehingga 25 Oktober ini adalah merupakan penggantungan bergaji penuh.

“Penggantungan itu dibuat bagi melicin dan mempercepatkan siasatan tanpa sebarang gangguan bagi mendapatkan penjelasan daripada beliau berhubung kenyataan yang dikeluarkan itu secepat mungkin,” kata Dr Zaleha sambil menegaskan tindakan yang dibuat ketika ini (penggantungan dan penyiasatan) adalah urusan UIA dan tidak mahu campur tangan pihak luar.

Dr Zaleha juga menjelaskan, Peraturan Tatatertib UIA tidak menetapkan apa-apatempoh untuk penggantungan “tetapi apabila beliau (Dr Aziz) sudah menjawab surat tunjuk sebab itu, barulah kita akan memastikan sama ada wujud atau tidak alasan-alasan untuk meneruskan tindakan tatatertib kepada beliau.” (sekiranya ada).

“Peraturan 15 dalam Peraturan Tatatertib Kakitangan UIA memperjelaskanbahawa kebebasan ahli akademik membuat sebarang kenyataan umumhendaklah tidak bercanggah dengan kepentingan universiti,” katanya.

Beliau menambah, siasatan dan surat tunjuk sebab Abdul Aziz selepasitu akan diperbincangkan dalam Tribunal Universiti.

Jadi kesimpulannya ialah, sementara pihak- pihak tertentu apatah lagi golongan akademik menegaskan bahawa ahli akademik atas sifat semulajadi kerjaya mereka harus dan wajar diberi ruang untuk menyatakan pendapat dan pandangan tetapi pada masa yang sama, pihak pengurusan UIAM berpendapat apa juga tindak-tanduk kakitangan mereka sama ada dari segi pendapat dan juga perbuatan sementara dibenarkan berbuat demikian pada masa yang sama adalah juga tertakluk kepada peraturan dan aspirasi universiti.

Pandangan ini juga sebenarnya tidak salah. Dalam mana-mana pertubuhan pun sama ada politik , bukan politik, kebajikan mahupun kesukarelawan, tetap ada peraturan dan undang-undang lebih-lebih lagi jika sesuatu perbuatan yang dilakukan itu dilihat bercanggah dengan kepentingan badan itu sendiri.

Dan inilah yang berlaku kepada Universiti Selangor (Unisel) pada tahun 2008 dan kemudiannya sekali lagi pada Ogos tahun ini apabila naib canselornya ditamatkan perkhidmatan (tanpa dinyatakan sebab) dan seorang lagi meletakkan jawatan, khabarnya akibat tekanan politik.

Walaupun pemecatan dan peletakan jawatan mereka tidak jelas dan samar-samar tetapi tindak tanduk mereka dilihat oleh pihak pentadbiran dan pemilik sebagai tidak selari dengan aspirasi universiti itu.

Dalam kes pertama yang berlaku pada Jun 2008, Prof Datuk Dr Mohd Razali Agus telah ditamatkan perkhidmatannya selaku naib canselor oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang juga pengerusi Pendidikan Industri Yayasan Selangor Sdn Bhd iaitu pemilik dan pentadbir Unisel tanpa menyatakan sebarang sebab.

“Surat itu (penamatan khidmat) tiada kepala surat (letter head) kerajaan negeri tetapi ia datang daripada menteri besar Selangor menamatkan perkhidmatan saya dengan memberi notis sebulan. Surat itu juga tidak dinyatakan sebarang alasan berhubung penamatan perkhidmatan saya,” kata Prof Dr Razali Agus.

Tan Sri Khalid Ibrahim

Dalam kes yang kedua pula, Datuk Dr Rosti Saruwono terpaksa melepaskan jawatannya setelah dikatakan menerima tekanan politik daripada kerajaan negeri dan juga pihak dalam Unisel setelah beliau tidak bersetuju dengan surat yang beliau terima daripada pejabat menteri besar memintanya supaya menamatkan perkhidmatan tiga pegawai Unisel tanpa melalui proses tatatertib dan juga peraturan dalaman.

Yang menghairankan, dalam kedua-dua kes melibatkan bekas naib canselor Unisel itu dan juga tiga kakitangan Unisel yang diarahkan dipecat tanpa melalui proses tunjuk sebab atau perbicaraan dalaman, tidak ada pula tunjuk perasaan atau kenyataan protes atau kritikan daripada parti-parti politik sama ada DAP, PKR mahupun PAS.

Tidak ada suara-suara yang mengatakan telah berlaku atau wujud campur tangan politik atau kerajaan negeri dalam urusan akademik di Unisel itu.

Naib-naib canselor dan kakitangan Unisel seolah-olah seperti keseorangan di dalam menghadapi tindakan daripada pihak atasan. Apakah ini kerana yang mengambil tindakan atau yang memberi arahan supaya tindakan diambil adalah menteri besar dari sebuah kerajaan yang didokong oleh DAP, PKR dan PAS?

Tetapi dalam kes Dr Aziz Bari ini pula, apakah beliau mendapat sokongan daripada DAP, PKR dan PAS kerana pensyarah itu sering kali memberi kenyataan atau pandangan yang cenderung menyebelahi mereka?

Tidak salah dan tidak apa jika hendak memihak kerana ia adalah hak demokrasi sesiapa sahaja tetapi jika hendak bermain di gelanggang yang adil sepertimana yang sering dilaung-laungkan oleh mereka yang menyokong Dr Aziz Bari maka eloklah juga sokongan yang sama turut diberikan kepada bekas-bekas naib canselor dan pensyarah Unisel yang ditamatkan perkhidmatan, diberi tekanan supaya melepaskan jawatan dan diarahkan supaya dipecat tanpa melalui proses sepertimana yang sedang dilalui oleh Aziz Bari sekarang.

Jika ini dapat dilakukan barulah adil namanya. Sekurang-kurangnya dalam kes Dr Aziz Bari, beliau diberi peluang untuk menjawab surat tunjuk sebab dan bukannya terus dipecat, ditamatkan perkhidmatan atau dilucutkan jawatan sepertimana yang terjadi di Unisel.

Di sebalik segala kecaman yang dilemparkan ke atas UIAM, mereka telah membuktikan bahawa mereka tidaklah sekejam Unisel yang dibawah pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

Malah UIAM selaku majikan berhak memberikan surat tunjuk sebab (bukannya surat pemecatan atau tamat perkhidmatan) ke atas mana-mana kakitangannya jika mereka merasakan tindak tanduk kakitangan tersebut bercanggah dengan aspirasi universiti itu sendiri.

Mana-mana pekerja pun tidak kira apa taraf kedudukkannya tidak terlepas daripada tertakluk kepada peraturan dan prosedur operasi standard. Jika rasa tidak mahu terikat dengan apa-apa peraturan dan prosedur, adalah wajar dan lebih baik tidak bernaung di bawah mana-mana panji mahupun organisasi.

Jadilah seperti Sasterawan Negara, A. Samad Said – bebas ke mana-mana, bebas menyatakan pandangan dan pendapat dan bebas naik ke pentas apa juga yang dirasakan serasi dan sesuai dengan jiwa dan hati nuraninya kerana beliau tidak terikat dengan mana-mana majikan dalam dunia ini.

Berita terdahulu:

Enggan minta maaf tindakan ‘kurang ajar’: Tun Dr Mahathir

Sultan-SelangorSERI ISKANDAR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan keengganan Profesor Dr Abdul Aziz Bari memohon maaf serta menarik balik kenyataannya yang mempertikai titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan gereja di Damansara Utama Ogos lalu, ‘sebagai kurang ajar’. Beliau berkata kenyataan pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu bertentangan dengan moral masyarakat Timur […]

Serbuan JAIS: Zulkifli Kutuk Tindakan Dr Abdul Aziz Pertikai Kenyataan Sultan Selangor

Sultan-SelangorAhli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin pada Rabu mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pakar perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari yang mempertikaikan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Damansara Utama Ogos lalu. Menurut beliau, kenyataan Dr Abdul Aziz itu seolah-olah memberi bayangan bahawa […]

 

Berita Berkaitan

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MIC ‘mahu’ kekal bertanding sembilan kerusi Parlimen

MIC mahu kekal bertanding di sembilan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja...

Najib persoal rekod bersih Warisan berkait projek jalan RM1.4 bilion

Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan rekod Warisan Plus sebagai kerajaan yang bersih dan...
00:00:53

#PRNSabah: Penularan Covid-19 di Sabah sandiwara kata Calon Warisan, Mohamaddin Ketapi

"Covid pandai melonjak hanya masa pilihanraya. Lepas pilihanraya, kes Covid di Sabah turun ke sifar" tuduh Ketapi. Pemimpin Warisan ini teruskan tuduhan dia bahawa kenaikan...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,345PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan