25.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 27, 2020

Semua Pihak Bertanggungjawab Jaga Kepentingan Nasional – Agong

Keseimbangan antara kepentingan individu dan kumpulan yang berkepentingan dalam negara merupakan elemen penting menuju ke arah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020 selain daripada agenda transformasi ekonomi.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah bertitah, keseimbangan berkenaan dapat dicapai menerusi agenda transformasi sosio-politik yang sedang dilaksanakan kerajaan.

“Oleh itu di bawah kepimpinan kerajaan hari ini, pelbagai usaha transformasi sosio-politik telah dan sedang dilaksanakan yangantaranya termasuk penambahbaikan terhadap undang-undang dan peraturan, menambahbaik sistem pilihan raya serta memastikan hak dankebebasan asasi rakyat berlandaskan Perlembagaan Persekutuan terjamin,” titah baginda sewaktu merasmikan pembukaan mesyuarat pertama penggal kelima persidangan Parlimen ke-12 di sini, Isnin.

Titah baginda lagi, langkah kerajaan menggubal beberapa undang-undang termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 merupakan keputusan besar kerajaan untuk memperkukuhkan kebebasan sivil dan melaksanakan transformasi politik.

“Ini termasuklah memansuhkan akta-akta yang dianggap mengehadkan kebebasan rakyat seperti ISA, disamping menggubal dan memindaundang-undang dan peraturan untuk menjamin keselamatan negara serta mencegah keganasan dan ekstremisme,” titah baginda.

Selain itu baginda menyeru agar rakyat memperkukuhkan perpaduan nasional serta mengelakkan daripada melakukan tindakan yang boleh menjejas atau menggugat kedaulatan negara.

Malah Tuanku Abdul Halim menyeru agar semua pihak terutama generasi muda berusaha memahami dan menghayati sejarah kemerdekaan serta menghargai kebebasan yang dinikmati hari ini.

“Kukuhkanlah perpaduan dan elakkanlah daripada melakukan apa jua tindakan yang boleh menjejas atau menggugat kedaulatan negara ataupun cuba menidakkan pengorbanan pejuang-pejuang kemerdekaan.

“Beta mengharapkan para pemimpin di setiap peringkat, para cendekiawan, media massa dan badan bukan kerajaan memainkan perananyang lebih berkesan dalam meningkatkan kefahaman dan penghayatan mengenai kepentingan perpaduan nasional,” titah baginda.

Berita Berkaitan

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman...

#PRNSabah: Antara alasan dan penafian ekonomi Sabah Merudum bawah Warisan

Tahun 2018: Kadar pertumbuhan ekonomi Sabah turun dari 8.2% ke 1.5% sahaja. Timbalan Presiden...

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Najib Beri Respon Sinis Selepas Didakwa Jadi Menteri Dalam Kabinet Anwar

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi respons secara sinis terhadap dakwaan sebuah...

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

[Video] GRS bincang hala tuju selepas berjaya bentuk kerajaan negeri – Bung Moktar

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) Sabah akan berbincang dengan rakan parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengenai hala tuju gabungan itu selepas berjaya membentuk...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan