Statistik Corona

Malaysia
2,448,372
Confirmed
Updated on October 28, 2021 08:38 8:38 am
Malaysia
2,347,985
Recovered
Updated on October 28, 2021 08:38 8:38 am
Malaysia
71,713
Active
Updated on October 28, 2021 08:38 8:38 am
Malaysia
28,674
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,241,809
Confirmed
Updated on October 28, 2021 08:38 8:38 am
Indonesia
4,085,775
Recovered
Updated on October 28, 2021 08:38 8:38 am
Indonesia
143,299
Deaths
Updated on October 28, 2021 08:38 8:38 am

Thailand

Thailand
1,875,315
Confirmed
Updated on October 28, 2021 08:38 8:38 am
Thailand
1,758,297
Recovered
Updated on October 28, 2021 08:38 8:38 am
Thailand
18,922
Deaths
Updated on October 28, 2021 08:38 8:38 am

Global

All countries
245,743,769
Confirmed
Updated on October 28, 2021 08:38 8:38 am
All countries
221,005,404
Recovered
Updated on October 28, 2021 08:38 8:38 am
All countries
4,987,115
Deaths
Updated on October 28, 2021 08:38 8:38 am

Semua Pihak Perlu Berganding Bahu Tangani Isu LGBT

Nasharudin Mat Isa

KUALA LUMPUR: Demi masa depan dan akidah generasi muda, isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tidak boleh dipolitikkan, sebaliknya semua pihak perlu berganding bahu untuk menanganinya, kata Pengerusi Pusat Kajian Fiqh Kontemporari Nasharudin Mat Isa.

“Ini bukan sesuatu yang boleh dipolitikkan kerana ia melangkaui politik dan kita jangan hanya kejar pembangunan sehingga kita terikut dengan budaya negatif Barat,” kata Nasharudin, yang juga bekas Timbalan Presiden PAS, kepada pemberita selepas membentangkan kertas kerja pada “Wacana Kemungkaran LGBT: LGBT Mengundang Bala Allah SWT” di sini Ahad.

Beliau berkata golongan itu bagaikan satu wabak yang akan menjadi kanser dan menjadi satu penyakit parah di dalam masyarakat dengan ancaman dahsyat yang membawa kesan negatif serta boleh merosakkan fabrik sosial.

Katanya semua pihak perlu berganding bahu memastikan generasi muda bebas daripada gejala LGBT kerana mereka merupakan bakal pemimpin serta pewaris untuk mengemudi negara ini dengan akhlak yang baik serta terpuji.

Nasharudin berkata wacana seumpama itu merupakan satu gerakan bagi menyedarkan rakyat serta memastikan mereka tidak terjebak serta menyokong golongan ini.

Ahli Jawatankuasa Biro Undang-undang Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Mahamad Naser Disa turut berkongsi pendapat sama dengan Nasharudin agar isu LGBT, yang jelas melanggar prinsip asas agama, tidak dipolitikkan kerana ia boleh menyekat usaha untuk membela agama Islam.

“Islam adalah agama rasmi negara, saya tidak kisah sebarang kecenderungan politik, jika ada parti yang menyokong Alhamdulillah tetapi saya tidak mengaitkan diri saya dengan politik,” katanya.

Mahamad Naser turut menyelar pihak yang cuba mempertahankan golongan LGBT serta memberi sokongan kepada golongan itu memperjuangkan hak bagi mendapatkan tuntutan yang mereka inginkan.

Ia seolah-olah mempopularkan golongan ini bila ada pihak yang mempertahankan mereka sedangkan golongan ini ternyata sekali pelaku orientasi seks yang dilarang di dalam undang-undang dan mencabar ketentuan Tuhan, katanya.

Wacana sehari ini dihadiri kira-kira 100 peserta daripada segenap lapisan masyarakat anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia bertujuan menyedarkan peserta tentang perlunya menolak golongan ini yang bagaikan virus berbahaya di dalam masyarakat.

Berkaitan

Melaka memilih

spot_img

PENAMAAN CALON: 8 NOV 2021
PENGUNDIAN AWAL: 18 NOV 2021
PENGUNDIAN: 20 NOV 2021