Sunday - July 25, 2021 @ 23:13
POLITIKPILIHAN RAYASenarai Penuh 61 Ahli UMNO Yang Dipecat

Senarai Penuh 61 Ahli UMNO Yang Dipecat

Kamilia Ibrahim.
Kamilia Ibrahim.

 

61 ahli UMNO hari ini dipecat serta-merta kerana bertanding sebagai calon bebas di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Bekas Naib Ketua Wanita, Datuk Kamilia Ibrahim adalah antara yang dipecat kerana bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Kuala Kangsar.

Turut dipecat, Bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga Anggota Jawatankuasa Bahagian Tasek Gelugor Datuk Seri Mohd Shariff Omar, yang bertanding di Parlimen Tasek Gelugor.

Pemecatan itu diumumkan oleh Lembaga Disiplin UMNO melalui pengerusinya, Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen.

Keputusan itu diambil selaras dengan Fasal 20.10 Perlembagaan UMNO yang menyatakan anggota UMNO yang bertanding sebagai calon Bebas akan dipecat daripada parti dan tidak akan diterima keahliannya selama-lamanya.

Surat pemecatan keahlian telah dihantar kepada mereka yang terbabit.

Nama lain yang dipecat adalah – Ketua Pemuda Umno Sepang Datuk Suhaimi Mohd Ghazali yang bertanding Kerusi Parlimen Sepang.

Datuk Suhaimi adalah antara tiga calon yang menentang penyandang Parlimen Sepang, Datuk Seri Md Zin Mohamed.

Turut dipecat, Datu Badaruddin Tun Mustapha kerana bertanding di Parlimen Semporna dan DUN Senallang.

Dan Fadzil Hanafi – Bekas Exco Kerajaan Negeri Kedah yang juga Bekas ADUN BN selama dua penggal di DUN Alor Mengkudu.

Selain itu, tiga ahli UMNO akan dipanggil minggu ini bagi menjawab tunjuk sebab mengapa tindakan disiplin tidak boleh diambil terhadap merekakerana menjadi pencadang, penyokong atau gagal menyerahkan borang calon pada hari penaman calon sabtu lalu.

Senarai Penuh Ahli UMNO yang dipecat seramai 61 orang.
1. Parlimen Kuala Kangsar – Datuk Kamilia Ibrahim (Naib Ketua Wanita Umno Malaysia)

2. Parlimen Tasek Gelugor & Dun Sungai Dua – Datuk Seri Haji Mohd Shariff Bin Haji Omar
(Ahli Jawatankuasa Bhg)

3. Parlimen Sepang – Dato’ Haji Suhaimi Bin Mohd Ghazali (Ketua Pemuda Bahagian)

4. Hanapiah Bin Mohamad

5. Dun Bukit Naning (Bakri) – Ghazali Bin Salamon (Ahli Jawatankuasa Bhg)

6. Parlimen Bandar Tun Razak – Sukeri Bin Abd Samat (Setiausaha Kerja Bahagian)

7. Mokhtar Bin Salehudin (Ketua Penerangan Caw.)

8. Dun Titi Tinggi (Padang Besar) – Yaacob Bin Man (Ahli Jawatankuasa Bahagian)

9. Dun Pantai Merdeka (Sungai Petani) – Mohd. Yusof Bin Lazim (Ahli Jawatankuasa Bahagian)

10. Dun Nenggiri (Gua Musang) – Abdul Aziz Bin Mohamed (Ahli Jawatankuasa Bahagian)

11. Parlimen Lembah Pantai – Rusli Bin Haji Baba

12. Parlimen Bera- Mohd. Wali Alang Ahamad

13. Parlimen Permatang Pauh – Dr Abdullah Zawawi Shamsuddin

14. Dun Lenggeng (Seremban) – Zulkifli Bin Abdullah (Ketua Penerangan Caw.)

15. Dun Pengkalan Bharu (Beruas) – Mohd Nizam Bin Ibrahim

16. Dun Kajang (Hulu Langat) – Mohd Khalid Bin Kassim (Ketua Cawangan)

17. Dun Alor Mengkudu (Alor Setar) – Fadzil Bin Hanafi

18. Dun Sungai Limau (Jerai) – Sobri Bin Ahmad

19. Parlimen Arau & Dun Sanglang- Zainudin Bin Yom

20. Dun Seberang Jaya (Permatang Pauh) – Shamsut Tabrej Bin G.M Ismail Maricar

21. Dun Batu Uban (Bukit Bendera) – Mohd Noor Sirajajudeen Bin Mohd Abdul Kader

22. Parlimen Tanjong Karang – Masrun Bin Tamsir

23. Dun Kuala Perlis (Kangar) – Shaari Bin Ludin

24. Dun Indera Kayangan (Arau)- Ameir Bin Hassan

25. Dun Sungai Tiang (Pendang) – Haji Rosli Bin Omar

27. Parlimen Bagan Serai – Abdul Latif Bin Masud

29. Dun Gunong Semanggol (Bagan Serai) – Halidi Bin Wahab

30. Dun Changkat Jering (Bukit Gantang) – Zulkefli Bin Ibrahim

31. Dun Pengkalan Baharu (Beruas) – Ahmad Nizam Bin Ibrahim

32. Parlimen Kota Belud – Lamsil Bin Hamidsor

33. Parlimen Libaran – Sahar Bin Saka

34. Parlimen Kalabakan – Mohd Bin Manuke

35. Dun Sulaman (Tuaran) – Ali Akbar Bin Kawi

36. Dun Lumadan (Sipitang) – Rapahi Bin Edris

37. Dun Sugut (Beluran) – Abdul Rahman Bin Atang

38. Dun Lahad Datu (Silam) – Aliandu Bin Enjil

39. Dun Sulabayan (Semporna) – Ghazalie Bin Pg. Hindi @ Abdul Ghani

40. Hussein Bin Mumakil

41. Julkalani Bin Abd Rahman

42. Mamat Bin Balhana

43. Dun Senallang (Semporna) – Ab Karim Bin Talip

44. Abdul Manang Bin Hatib Lawari @ Os

45. Atal Muhammad Bin K.K Abd Menang

46. Dun Merotai (Kalabakan) – Rita Rudiansah Bin Abu Bakar

47. Dun Sebatik (Kalabakan) – Mohamad Yusup Bin Lewah

48. Dun Sulaman (Tuaran) – Ariffin Bin Harith

49. Ak. Aliuddin Bin Pg. Mohd. Tahir

50. Dun Lumadan (Sipitang) – Saudi Bin Suhaili

51. Dun Karanaan (Ranau) – Mat Jaili Bin Samat

52. Dun Liawan (Keningau) – Nusleh Bin Madarak

53. Parlimen Pensiangan & Dun Nabawan – Fatimah Binti Agitor @ Mohd Daud

54. Parlimen Beluran & Dun Sugut – Datu Kamaruddin Bin Mustapha

55. Dun Sungai Sibuga (Libaran) Mohd Arshad Bin Abdul

56. Dun Kunak (Silam) – Hussein Bin Ibnu Hassan

57. Sharif Shamsuddin Bin Sharif Sagaf

58. Parlimen Semporna & Dun Senallang – Datu Badruddin Bin Tun Datu Haji Mustapha

59. Parlimen Ranau & Dun Paginatan – Yazid Bin Sahjinan

60. Parlimen Tawau – Ahmad Bin Awang @ Madon

61. Parlimen Kalabakan – Yahya Bin Zainal

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here