32.4 C
Kuala Lumpur
Friday, October 30, 2020

Senarai Telefon Pintar Pakej Komunikasi Belia Dikeluar Minggu Depan

pakej_komunikasi_beliaSenarai telefon mudah alih pintar yang ditawarkan kepada belia bagi mendapatkan rebat RM200 menerusi Pakej Komunikasi Belia akan dikeluarkan pada minggu hadapan oleh tujuh syarikat telekomunikasi yang bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Tujuh syarikat itu terdiri daripada Celcom, Maxis, Digi, U Mobile, Clixster, Tune Talk dan YTL Communications (YES).

Penasihat Strategik Jabatan Komunikasi Korporat SKMM Sheikh Raffie Abd Rahman berkata tujuh syarikat berkenaan perlu memaklumkan model telefon pintar itu kepada SKMM sebelum menawarkan kepada belia yang layak.

“Setelah SKMM mendapat senarai model telefon bimbit tersebut, SKMM akan menggabungkan senarai berkenaan untuk syarikat telekomunikasi keluarkan pada laman web masing-masing. SKMM akan pantau dari segi jenama yang sesuai, harga berpatutan dan tidak ada kes telefon tiruan.

“Model telefon pintar ini di setiap penjual yang dilantik mungkin berbeza antara satu sama lain. Tidak semua penjual mempunyai semua jenis telefon bimbit yang belia mahukan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Sebelum ini Jemaah Menteri telah bersetuju agar belia berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan RM3,000 ke bawah boleh membeli apa jua jenis telefon pintar dengan rebat RM200 yang diumumkan kerajaan.


Dalam pada itu Sheikh Raffie menasihati golongan belia supaya bersabar ketika membuat permohonan secara online di laman web skmm.gov.my untuk mendapatkan rebat RM200 itu.

“Oleh kerana terlalu ramai mengakses laman web kita pada satu-satu masa yang menyebabkan sistem menjadi perlahan. Kalau mengalami kesukaran jangan berputus asa dan jangan pula cuba klik banyak kali, masuk online semula dan buat permohonan,” katanya.

Beliau berkata SKMM akan terus memperbaiki dan memantau sistem permohonan online itu dari semasa ke semasa untuk meningkatkan kepuasan semua pihak.

Katanya setakat pukul 8 pagi tadi, seramai 22,000 pemohon telah mendapat kelulusan menerima rebat RM200 itu.

Untuk pendaftaran: http://komunikasibelia.skmm.gov.my/

Berita Berkaitan

Kenyataan Macron: Mahathir kena fokus kepada individu bukan serang negara & bangsa kata Najib

Bukanlah nak defend sangat tapi saya rasa dunia patut bertenang dan membaca kenyataan Tun...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

Siapa di belakang portal MalaysiaNow

Nama seperti Malaysiakini, Malaysia Today, Malaysia Insight memang sudah dikenali. Sekarang timbul nama baru, MalaysiaNow....

Polis tahan Ronnie Liu, siasat kes hina Agong

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pelek Ronnie Liu...

Komen

..

Kenyataan Macron: Mahathir kena fokus kepada individu bukan serang negara & bangsa kata Najib

Bukanlah nak defend sangat tapi saya rasa dunia patut bertenang dan membaca kenyataan Tun Mahathir secara penuh dan dalam konteks penuh. Perlu adil kepada Tun...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,361PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan