Sunday - July 25, 2021 @ 08:33
POLITIKSeniman dedah wujud artis ejen pembangkang

Seniman dedah wujud artis ejen pembangkang

zed-zaidiPersatuan Seniman Malaysia (Seniman) hari ini mendedahkan terdapat beberapa artis tempatan telah menjadi ejen bagi memujuk kalangan rakan artis untuk menyertai parti-parti pembangkang sebagai usaha meningkatkan pengaruh.

Presidennya, Zed Zaidi berkata, artis-artis yang menjadi ejen pembangkang tersebut merupakan artis yang kecewa dalam industri dan berjuang tanpa mempunyai latar belakang dan asas agama yang kukuh.

Menurut pemilik nama sebenar Rozaidi Abdul Jamil itu, pihaknya menyedari mengenai perkara itu setelah menerima aduan daripada kalangan artis sendiri yang berasa tidak senang dengan tindakan artis-artis propembangkang tersebut.

“Saya dapati ramai artis telah tertipu dan menyesal kerana terpedaya dengan taktik yang digunakan oleh artis-arti propembangkang berkenaan. Setakat ini, Seniman hanya mampu bersikap neutral dan menasihati mereka,” kata kepada Utusan Online hari ini.

Zed Zaidi berkata, modus operandi artis-artis propembangkang itu ialah menghasut dan mengajak rakan-rakan artis untuk datang mendengar ceramah agama, sebaliknya program tersebut sebenarnya berupa ceramah politik.

“Sasaran artis-artis propembangkang ini adalah golongan artis yang baharu memakai hijab, saudara baharu dan artis-artis yang mula mendampingi agama Islam,” katanya.

Antara artis yang aktif berpolitik di pentas pembangkang ialah Bob Lokman, Yassin, Hairi Othman, Abby Abadi, Aishah, Abu Bakar Omar, Dayangku Intan dan Farah Asyikin.

Zed Zaidi mengakui, habuan wang ringgit merupakan faktor artis-artis tersebut menyertai parti politik pembangkang dan mereka menjadi buta mata berbanding menegakkan agama Islam dan memartabatkan Melayu.

Malahan, dakwanya, artis-artis berkenaan menerima yang yang tinggi setiap kali mereka muncul di pentas ceramah pembangkang.

Bagaimanapun, pelakon itu berkata, bilangan artis yang menyokong pembangkang kini sudah berkurangan sejak kerajaan memperkenalkan skim insurans kepada golongan itu serta membawa pelbagai pendekatan lain untuk mereka.

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here