32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 16, 2021

Seorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

ALOR SETAR: Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas terkena tembakan ketika bertugas di Pos M-15 sempadan Malaysia-Thailand, di Bukit Kayu Hitam, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang itu, anggota terbabit sedang melakukan kawalan di Pos M16 sebelum terkena tembakan secara tiba-tiba.

Sumber memaklumkan, anggota terbabit mengalami kecederaan ringan berikutan peluru yang dipercayai dilepaskan dari arah negara jiran terkena baju kalis pelurunya.

Difahamkan, anggota terbabit kini mendapat rawatan dan siasatan berhubung kejadian sedang dilakukan pihak berkuasa.

Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan mengesahkan kejadian dan berkata siasatan lanjut sedang dijalankan.

Ini adalah kejadian kedua membabitkan anggota PGA di sempadan Malaysia-Thailand diserang menggunakan senjata api.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.10 pagi semalam, Koperal Baharuddin Ramli, 54, terkorban manakala rakannya Koperal Norihan Tari, 39, mengalami kecederaan parah ketika berbalas tembakan dengan sekumpulan penyeludup di kawasan sempadan berhampiran Padang Besar.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.