Seorang lagi mangsa kemalangan di Hulu Rening, Hulu Selangor meninggal dunia - pakdin.my

Seorang lagi mangsa kemalangan di Jalan Kampung Kuantan-Ulu Rening, Hulu Selangor siang tadi, meninggal dunia.

Mangsa, M. Akilan, meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan di Hospital Selayang.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 1.55 petang itu, pemandu kereta, S. Calvin, 17, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada anggota badannya akibat tercampak keluar dari kenderaan, manakala lima lagi rakannya termasuk mendiang Akilan, mengalami kecederaan akibat tersepit di dalam kenderaan.


Remaja maut tercampak keluar dari kereta

Seorang remaja maut manakala lima lagi cedera parah selepas kenderaan dinaiki mereka terlibat dalam satu kemalangan ngeri di Jalan Kampung Kuantan-Ulu Rening, Hulu Selangor dekat sini hari ini.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 1.55 petang itu, mangsa S. Calvin, 17, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada anggota badannya akibat tercampak keluar dari kenderaan.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor R. Supramaniam berkata, kereta Perodua Kancil yang dinaiki mangsa bersama rakannya berusia dalam lingkungan 16 hingga 18 tahun dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar sebatang pokok di tepi jalan.

“Kenderaan yang dipandu oleh Calvin dikatakan dalam perjalanan dari arah Sg. Tamu, Genting menghala ke Jalan Batang Kali.

“Sebaik sahaja tiba di selekoh, kenderaan berkenaan dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan sebelah kanan sebelum melanggar sebatang pokok,” katanya di sini hari ini.

Menurut Supramaniam, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarganya.

Sementara lima lagi rakan mangsa yang mengalami kecederaan parah akibat tersepit dalam kenderaan itu turut menerima rawatan kecemasan di hospital sama.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” jelasnya.

20161014-nahas-hulu-rening

UTAMABERITASeorang lagi mangsa kemalangan di Hulu Rening, Hulu Selangor meninggal dunia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium