Seorang Lelaki Maut Diseret Kereta Di Jalan Ipoh (video) - pakdin.my

Maut-Diseret-Kereta

Seorang lelaki maut apabila di rempuh dan diseret sebuah kereta sejauh hampir satu kilometer.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 9 malam tadi di Jalan Ipoh.

Siasatan awal polis mendapati, kemalangan berpunca apabila kereta jenis Honda ini merempuh belakang sebuah motosikal.

Mengakibatkan penunggangnya tercampak namun hanya cedera ringan.

Kereta ini kemudian merempuh seorang lelaki yang dipercayai sedang melintas jalan.

Pemandu kereta yang tidak menyedari kejadian itu terus memandu menyebabkan mangsa terseret dibawah keretanya.

Bagaimanapun, kira-kira 800 meter dari tempat kejadian, kereta ini tidak dapat meneruskan perjalanan berikutan mangsa yang tersangkut.

Mayat mangsa yang identitinya masih belum dikenalpasti, dikeluarkan dengan bantuan anggota Bomba dan Jabatan Pertahanan Awam.

 

UTAMABERITASeorang Lelaki Maut Diseret Kereta Di Jalan Ipoh (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium