Seorang maut, 2 cedera tertimbus di Sungkai - pakdin.my

Kelihatan sebahagian peralatan yang digunakan pekerja untuk mengorek

IPOH – Seorang pekerja sebuah syarikat pembinaan maut, manakala dua lagi cedera apabila tertimbus dalam timbunan tanah sedalam empat meter ketika melakukan kerja-kerja mengorek lubang di Jalan Masjid, Felda Besaut 2, Sungkai, hari ini.

Ketua Polis Daerah Tanjung Malim Supt Osman Nayan berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari ketika mangsa yang meninggal dunia, Mohd Nor Fitri Musa, 25, serta dua lagi rakannya Nuzul Mohamad Shaari, 25, dan Mohd Shahril Zaidi Mohd Ismail, 24, sedang melakukan kerja-kerja mengorek lubang untuk menanam kabel di kawasan berkenaan.

Beliau berkata Mohd Nor Fitri meninggal dunia di Klinik Kesihatan Felda Besaut akibat cedera parah di bahagian kepala manakala dua lagi rakannya yang cedera turut dirawat di klinik yang sama.

Katanya ketiga-tiga mangsa tertimbus apabila tanah di bahagian tepi tebing lubang yang dikorek runtuh.

Dua pekerja Telekom Telekom Malaysia Bhd yang berada di tempat kejadian bagi memantau pekerja terbabit yang melakukan kerja-kerja mengorek lubang untuk syarikat berkenaan cuba membantu mangsa tetapi gagal. Mereka kemudiannya menghubungi pihak polis.

Ketiga-tiga mangsa dikeluarkan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dengan mengunakan jentera pengorek dan kesemua mangsa dihantar ke klinik berhampiran untuk rawatan.

Mayat Mohd Nor Fitri kemudiannya di hantar ke Hospital Slim River untuk bedah siasat. Polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut.

…….

Tanah Runtuh Di Sungkai Ragut 1 Nyawa

Seorang terbunuh manakala dua lagi cedera apabSila tertimbus dalam timbunan tanah sedalam empat meter di Sungkai, Perak, siang tadi.

Kejadian berlaku ketika mangsa yang juga pekerja sebuah syarikat kontraktor Telekom Malaysia Berhad sedang membaiki kabel komunikasi syarikat berkenaan.

Kejadian berlaku kira-kira jam 12:35 tengah hari tadi di Jalan Enggang, Felda Besout, dekat Sungkai.

Ketika kejadian, enam pekerja kontrak terbabit sedang melakukan kerja menyambung kabel telekom di dalam lubang sedalam dua meter.

Tiga mangsa berada di dalam lubang digali itu sebelum tebing tanah tiba-tiba runtuh.

Dua pekerja yang cuba membantu mangsa bagaimanapun gagal dan segera memaklumkan kepada polis.

Mangsa terbunuh dikenali Mohd Nor Fitri Musa, 25 tahun manakala dua mangsa yang cedera dikenali sebagai Nuzul Muhammad Shaari, 25 tahun dan Mohd Shahril Zaidi Mohd Ismail, 24 tahun.

Mayat mangsa di hantar ke Hospital Slim River untuk dibedah siasat.

Dua lagi mangsa yang cedera ringan dirawat sebagai pesakit luar di hospital sama.

 

Penduduk setempat meninjau kawasan tanah runtuh
[/

UTAMABERITASeorang maut, 2 cedera tertimbus di Sungkai

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium