Seorang maut, bas ekspres rempuh kereta berhampiran hentian sebelah Behrang - pakdin.my

BEHRANG – Seorang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan sebuah kereta di Kilometer 384 Lebuh Raya Utara Selatan, sebelum Hentian Sebelah Behrang, kira-kira 100 kilometer dari sini awal pagi tadi.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 5.21 pagi itu, bas terbabit yang membawa 10 penumpang sedang dalam perjalanan dari Johor ke Pulau Pinang apabila melanggar kereta Proton Wira yang melintang di tengah jalan selepas dipercayai terbabas.

Ketua Balai Bomba Slim River, Jaspian Jamaludin berkata mangsa yang meninggal dunia adalah pemandu Proton Wira yang hanya dikenali sebagai Ayub manakala penumpang kereta itu, Mohd Adib Sayuti, 35, terselamat.

“Akibat gagal mengelak, bas telah merempuh kereta itu sehingga mengakibatkan pemandunya tersepit sebelum disahkan meninggal dunia oleh pembantu perubatan dari Klinik Kesihatan Tanjung Malim.

“Semua penumpang bas dan pemandu serta pembantunya dilaporkan berada dalam keadaan selamat,” katanya ketika dihubungi di sini.

Difahamkan tiga kenderaan masing-masing jenis Toyota Camry, Honda City dan Mitsubishi Pajero yang berada di belakang bas sempat mengelak daripada melanggar bas serta Proton Wira itu.

20161024-bas-rempuh-kereta-slim-river

UTAMABERITASeorang maut, bas ekspres rempuh kereta berhampiran hentian sebelah Behrang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium