Seorang Maut, Bas Jatuh Gaung Berhampiran Gua Tempurung - pakdin.my

bas-jatuh-gang-gua-tempurung

KAMPAR: Seorang maut manakala dua lagi parah dalam kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres Konsortium di Kilometer 301.5 Lebuh raya Utara Selatan arah utara berhampiran kawasan rehat dan rawat Gua Tempurung di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.25 petang Isnin, bas tersebut dipercayai terjunam ke dalam gaung sedalam 12 meter.

Ketua Polis Daerah Kampar, Supt Ng Kong Soon berkata, mangsa yang maut adalah pemandu bas ekspres terbabit manakala dua mangsa yang cedera merupakan seorang lelaki dan seorang wanita.

Kedua-dua mangsa itu dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk mendapatkan rawatan susulan.

Ketika kejadian, bas tersebut dalam perjalanan ke utara.

“Siasatan awal mendapati pemandu bas tersebut hilang kawalan ketika cuba mengelak sebuah lagi kenderaan.

“Setakat yang kami tahu, hanya tiga orang berada di dalam bas tersebut.

“Namun usaha mencari dan menyelamat oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat masih sedang dilakukan untuk memastikan tiada lagi mangsa lain,” kata Ng.

UTAMABERITASeorang Maut, Bas Jatuh Gaung Berhampiran Gua Tempurung

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium