Seorang maut, lima parah kena tembak di Jalan Ipoh - pakdin.my

tembak-jalan-ipoh

Seorang lelaki maut mankala lima lagi parah selepas ditembak jarak dekat di Restoran Ummarani, Jalan Ipoh, di ibu negara, pagi Sabtu.

Dalam kejadian 4.50 pagi itu, kesemua mangsa ditembak oleh seorang lelaki bersenjata pistol yang menaiki Perodua Myvi.

Suspek kemudian melarikan diri dengan kenderaan yang dipandu rakannya.

Ketua Polis Daerah Sentul, Zakaria Pagan mengesahkan kejadian itu dan memberitahu, kesemua mangsa yang berusia 22 hingga 51 tahun merupakan pengunjung restoran berkenaan.

mati“Suspek yang menaiki kereta jenis Myvi, telah turun dan melepaskan sekurang-kurangnya tujuh das tembakan menggunakan pistol jenis semi automatik,” katanya.

Mangsa berusia 38 tahun disahkan meninggalkan dunia manakala lima lagi cedera dan sedang diberikan rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Mereka yang berusia antara 22 hingga 51 tahun itu mengalami kecederaan di bahagian tangan, kaki, bahu dan pipi.

Pasukan Forensik polis menemui lapan kelongsong peluru di tempat kejadian.

UTAMABERITASeorang maut, lima parah kena tembak di Jalan Ipoh

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium