Seorang Maut, Sembilan Cedera Dalam Kebakaran Loji Pemprosesan Gas Di Dungun - pakdin.my

Mohd Zamri Mat Noor yang mengalami kecederaan parah, dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk rawatan lanjut dari Hospital Dungun di sini hari ini.
Mohd Zamri, 25, seorang jurutera kanan melecur 90 peratus akibat terbakar apabila loji petronas di kawasan perindustrian petrokimia di Kerteh meletup akibat kebocoran gas kira-kira 2.40 petang tadi

DUNGUN  — Seorang pekerja kontrak maut dan sembilan lagi cedera dalam kebakaran di pusat pemprosesan gas di Loji Pemprosesan Gas (GPP) dalam kawasan Kompleks A milik Petronas di sini, Khamis.

Pekerja itu, Rosli Mansor, 31, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dalam kebakaran kira-kira 3 petang itu, menurut kenyataan Petronas Gas Berhad (PGB).

Menurut kenyataan itu, jenazah Rosli yang berasal dari Kuala Terengganu dihantar ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat.

Lapan lagi pekerja yang cedera dirawat di Hospital Kemaman dan Hospital Dungun.

Menurut kenyataan itu, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira 3.30 petang dan PGB telah mengambil langkah sewajarnya untuk membantu mangsa dan keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden berkenaan.

UTAMABERITASeorang Maut, Sembilan Cedera Dalam Kebakaran Loji Pemprosesan Gas Di Dungun

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium