Sepasang ikan paus ‘makan manusia’ muncul dekat pantai Kerteh [VIDEO] - pakdin.my

CHUKAI — Sepasang ikan paus dianggarkan seberat lima tan muncul berhampiran pelantar minyak Dulang, kira-kira 170 kilometer dari pesisir pantai Kerteh semalam.

Ketua Cawangan Mamalia Marin Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Rantau Abang berkata pasangan paus dikenali sebagai paus pembunuh atau nama saintifiknya Orcinus Orca, berenang pada kedalaman antara 76 hingga 80 meter.

Pertama kali berlaku, Mohd Tamimi Ali Ahmad berkata spesies yang dirakam staf Petronas di pelantar sekitar jam 12 tengah hari memburu dan memakan ikan, sotong, penyu, jerung serta mamalia marin lain antaranya seperti anjing laut, paus dan lumba-lumba.

“Adakalanya paus pembunuh ini juga memakan manusia seperti sesetengah video yang kita lihat di Facebook dan YouTube yang mana paus pembunuh ini menerkam manusia yang sedang mandi di pesisir pantai,” katanya.

Mengesahkan rakaman video 30 saat yang merakamkan pergerakan pasangan mamalia itu, beliau berkata paus itu dikelaskan sebagai kumpulan ikan lumba-lumba tetapi saiznya lebih besar.

Tamimi berkata saiz biasa bagi dewasa adalah 4.50 meter dengan maksimum lapan meter panjang dengan berat antara 3,000 kilogram (kg) hingga 6,000 kg.

LIHAT VIDEO: https://youtu.be/7jEgQaBoXMU

UTAMABERITASepasang ikan paus 'makan manusia' muncul dekat pantai Kerteh

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium