Serangan Buaya Sungai Saribas – Mayat mangsa ditemui - pakdin.my

Mayat mangsa serangan buaya dijumpai terdampar dikawasan Sungai Engkaras, 35 minit perjalanan menggunakan bot laju daripada lokasi kejadian serangan tempohari sekitar jam 7.30 pagi tadi.

Mayat tanpa kaki dan tangan kanan, serta kesan gigitan pada bahagian kaki kiri yang juga hampir terputus.

Dadanya juga telah remuk dan bahagian perut yang telah habis dipercayai dibaham reptilia tersebut atau mungkin hidupan lain didalam sungai serta kepalanya yang hampir tertanggal.

Mayat yang dijumpai telah dibawa ke jeti kampung Seberang Pusa yang kira-kira 20 minit daripada lokasi penemuan mayat bagi memudahkan untuk membawa mayat tersebut keluar.

Mayat juga telah dibawa ke hospital Betong untuk pengecaman oleh waris mangsa, Drahman Chali, 55 dan tujuan bedah siasat.

Misi mencari  membabitkan Polis diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Ikatan Relawan Rakyat (Rela) telah dimaklumkan oleh penduduk Kampung Medang, Pusa.

++++++

 

UTAMABERITASerangan Buaya Sungai Saribas – Mayat mangsa ditemui

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium