27.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 5, 2020

Serangan Charlie Hebdo: “Saya Tak Akan Membunuh kamu karena Kamu Wanita” – Wartawan Bebas Sigolene Vinson yang terselamat.

Penyerang tidak menembak beliau sebaliknya berkata, “Saya tidak akan membunuh kamu karena kamu seorang perempuan. Kami tidak membunuh perempuan.”

Vinson ditinggalkan disitu selepas diberi peringatan, “Kamu harus memeluk Islam, bacalah Al Quran dan tutup tubuhmu,” kata Vinson mengulang kembali ungkapan penyerang.

Wartawan bebas Perancis, Sigolene Vinson
Wartawan bebas Perancis, Sigolene Vinson

Wartawan bebas Perancis, Sigolene Vinson, menyaksikan dihadapan serangan yang keatas pejabat majalah satira Charlie Hebdo. Ketika itu, beliau memikirkan akan turut menjadi orban serangan.

Vinson datang pada pagi itu menghadir perjumpaan redaksi, ketika dua orang dengan pakaian komando warna hitam dan berpenutup muka, sambil mengacukan senapang AK-47, menerjah pintu dan membunuh sesiapa sahaja yang berasa disitu. Vinson membaringkan diri ke lantai dan merangkak untuk bersembunyi di sebalik dinding namun disedari oleh salah seorang dari dua orang penyerang. Beliau di heret dan senjata diacukan dikepala.

Penyerang tidak menembak beliau sebaliknya berkata, “Saya tidak akan membunuh kamu karena kamu seorang perempuan. Kami tidak membunuh perempuan.”

Vinson ditinggalkan disitu selepas diberi peringatan, “Kamu harus memeluk Islam, bacalah Al Quran dan tutup tubuhmu,” kata Vinson mengulang kembali ungkapan penyerang.

Setelah itu, beliau menambah, penyerang tersebut menyebut, “Allahu akbar, Allahu akbar!”

Tanpa diketahui Vinson, beberapa minit sebelum itu, seorang rakan perempuan yang lain, iaitu kartunis Corinne Rey, mengalami detik yang sama dengan penyerang bersenjata yang membunuh 12 orang, termasuk Stephane Charbonnier, editor majalah satira tersebut. Rey ketika itu sedang menekan kod keselamatan pembuka pintu untuk memasuki bangunan dan ketika itu dua orang penyerang menarik dan memaksa Rey membukakan pintu.

Mereka tidak menembak Rey sebaliknya kedua-dua penyerang itu mengarahkan senjata ke pengawal keselamtan Frederic Boisseau yang duduk di meja penyambutan tamu. Rey terlepas dari maut kerana kedua-dua penyerang itu mengatakan mereka tidak akan menembak seorang perempuan.

“Ianya berlangsung sekitar lima minit,” kata Rey, yang menggigil dan ketakutan. “Mereka berbahasa Perancis dengan fasih dan mengaku berasal dari Al Qaeda.”

Laurent Leger, seorang wartawan lain berada disitu ketika serangan itu, sempat bersembunyi dibawah meja dan tidak dapat di kesang oleh penyerang kerana laluan yang sempit.

“Saya bernasib baik kerana ruangan itu begitu kecil sehingga penyenyerang bersenjata tersebut tidak dapat berjalan di sekitar meja untuk melihat ke sisi belakangnya. Ketika suasana tenang, saya mendengar penyerang melangkah pergi. Semasa meninggalkan tempat tersebut, saya mendengar dia mengatakan kepada seorang perempuan di bilik berita, “Kami tidak akan membunuh perempuan.”

Berita Berkaitan

Dua rangka mangsa letusan gunung berapi 79 Masihi ditemui

POMPEII, ITALI: Mayat dua mangsa letusan Gunung Vesuvius hampir 2,000 tahun lalu digali di...

UAE kini benarkan pasangan belum berkahwin tinggal serumah

ABU DHABI: Pengambilan alkohol kini bukan lagi kesalahan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) selagi...

Hospital AS dalam tekanan ekoran kes meningkat

WASHINGTON: Hospital di seluruh Amerika Syarikat (AS) sekali lagi berdepan dengan tekanan, sehingga memaksa...

Ulama tersohor Syria selamat disemadi

Ulama tersohor Syria, Syeikh Dr. Muhammad Said Ramadhan Al-Buti selamat disemadikan di perkarangan Masjid...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...