Monday - August 2, 2021 @ 13:33
NASIONALSABAHSerangan: Kedutaan Malaysia di Filipina ditutup ekoran tunjuk perasaan #CerobohSabah

Serangan: Kedutaan Malaysia di Filipina ditutup ekoran tunjuk perasaan #CerobohSabah

lahad-datu-tunjuk-peraaan-manilaMANILA 5 Mac – Kedutaan Malaysia di Filipina ditutup hari ini ekoran tunjuk perasaan yang mengecam ketegangan krisis pencerobohan di Sabah yang setakat ini telah mengorbankan sekurang-kurangnya 27 orang.

Penutupan pejabat kedutaan itu berlaku ketika tentera Malaysia melancarkan serangan ke atas penceroboh yang mendakwa diri mereka sebagai tentera diraja Kesultanan Sulu di kampung Tanduo, Lahad Datu.

Sekurang-kurangnya 100 penunjuk perasaan Katolik dan Islam berkumpul di depan pejabat kedutaan di Makati City itu selain di Tordecillas Street di Salcedo Village.

Mereka menggesa penamatan serangan ke atas pengikut Kesultanan Sulu itu.

Sekurang-kurangnya 50 anggota polis dan sebuah trak bomba turut ditempatkan di kawasan tersebut.

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here