Serbu Gereja – Khalid Tunggu Laporan JAIS Sebelum Buat Kenyataan, Tak Perlu Laporan JAIS Minta Maaf

Senang saja Tan Sri Khalid Ibrahim nak elak isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Selepas suruh semua Exco, pegawai dan Jabatan kerajaan di Selangor tutup mulut berhubung isu itu, Menteri Besar tersebut juga tutup mulut.

Apabila diasak wartawan dalam sidang media selepas Mesyuarat Exco pada Rabu, Khalid sikit-sikit jawab ‘ kena tunggu laporan lengkap JAIS’ sebelum komen isu yang bikin kerajaan negeri pimpinan pembangkang itu semakin panas.

Kerana nak elak sangat menjawab, soal status gereja itu yang dianggap ‘haram’ selepas Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengesahkan premis berkenaan hanya diluluskan sebagai pusat komuniti, Khalid kata, JAIS kena buat laporan mengenai status gereja itu.

Apabila [B]Agendadaily[/B] bertanya, adakah beliau akan dapatkan daripada MBPJ berkenaan status gereja itu, jawab Khalid,”   Saya tak ada laporan terperinci mengenai perkara ini. Saya tak nak komen. Saya tunggu laporan JAIS untuk beri fakta-fakta. Apabila ada fakta JAIS, saya akan beri pada umum.

“JAIS apabila buat laporan lengkap, JAIS akan masukkan perkara-perkara ini (status gereja). Terbaik adalah beri masa pada JAIS siapkan laporan,”.

Malah ketika diminta komen keputusan Dewan Pemuda PAS Pusat yang menyokong tindakan JAIS, Menteri Besar itu juga enggan jawab sebaliknya kata kena tunggu laporan JAIS terlebih dahulu.

Apa ni Khalid, tak kan semula soalan main cakap ‘Tunggu laporan lengkap JAIS’ sahaja?

Sebagai Menteri Besar, beliau tidak patut jawab macam lepas batuk di tangga sahaja termasuk menyerahkan kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai Ketua Agama menyelesaikannya?

Betul katanya, selagi belum dapat laporan lengkap beliau tidak boleh beri pandangan kepada Sultan Selangor tetapi sebagai Menteri Besar, beliau patut tahu menangani isu ini bukannya meminta semua pihak tutup mulut termasuk beliau sendiri.

Barangkali ini caranya orang korporat berfikir apabila jadi pemimpin politik.

Dalam sidang media itu, Khalid berkata laporan terperinci JAIS termasuklah hasil siasatan dan soal jawab 12 orang Islam yang dikatakan terlibat serta salinan barang kes yang diperolehi hasil pemeriksaan pada 3 Ogos itu.

Katanya, JAIS mengalami kesulitan mendapatkan keterangan 12 orang terbabit kerana undang-undang yang diketengahkan oleh peguam yang mewakili semua mereka.

Malah menurut Khalid, pejabat Menteri Besar turut menerima surat dari sebuah firma guaman yang mewakili 10 orang Islam yang berada dalam gereja itu.

“Kerajaan Negeri menyerahkan kepada pakar undang-undang JAIS memberi nasihat dan menjawab kepada peguam berkenan,” ujarnya.

Dalam pada itu, arahan supaya EXCO tidak membincangkan perkara itu masih terpakai sehingga arahan baru keluar .

Khalid menjangkakan laporan JAIS disiapkan secepat mungkin sama ada sebelum atau selepas hari raya.

Bagaimanapun, Khalid berharap pandangan sempit politik perlu diketepikan.

Namun Khalid lupa, apabila Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyifatkan kes itu sebagai usaha UMNO alih isu perhimpunan Bersih.

Pembangkang yang selalu kaitkan segala macam hal dengan politik tetapi apabila terkena batang hidung sendiri pandai pula mereka minta orang lain jangan berbuat demikian.

Apapun isu JAIS VS DUMC akan terus panas kerana banyak pihak sudah mendedahkan apa sebenarnya cuba dilakukan gereja terbabit malah sudah banyak bukti ujudnya usaha mencampuri urusan agama lain yanfg bercanggah dengan perlembangaan negara .-10/8/2011- OLEH ROSLAN BIAN

Comments (No)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.