Serpihan Sayap Disahkan Milik MH370 - pakdin.my

MH370-debris_5

Pakar antarabangsa mengesahkan serpihan sayap yang dijumpai di Pulau Reunion milik Perancis adalah daripada penerbangan MH370 – menyokong rumusan awal bahawa pesawat Malaysia Airlines terhempas ke dalam Lautan Hindi hampir 17 bulan lepas.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pada Khamis pakar-pakar yang berkumpul di Toulouse, Perancis telah mengesahkan serpihan pesawat dijumpai di Pulau Reunion sememangnya daripada MH370.

“Kami sekarang mempunyai bukti fizikal seperti yang saya umumkan pada 24 Mac tahun lepas, penerbangan MH370 berakhir dengan tragik di selatan Lautan Hindi,” Perdana Menteri berkata secara langsung menerusi TV3 pada pukul 1.45 pagi Khamis.

Pengesahan itu dijangka mengecilkan kawasan pencarian dan meningkatkan harapan untuk menyelesaikan apa yang dikatakan sebagai misteri terbesar dalam sejarah penerbangan moden.

mh370-penemuan-sayap

Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang daripada radar pada 8 Mac 2014.

“Menghitung hari, minggu dan bulan merupakan suatu tempoh yang menyeksakan buat keluarga mangsa,” kata Najib.

“Kehilangan pesawat itu adalah tanpa sebarang duluan.

Pada setiap peringkat, kami mengikuti sekecil mana bukti yang ada. Biarpun usaha dari 26 negara dan pencarian terbesar dalam sejarah penerbangan dari Laut China Selatan hingga ke Lautan Hindi, pesawat itu tidak dapat dikesan.

Begitu juga penyiasatan oleh pakar penerbangan terkemuka dunia tidak dapat menjawab mengapa MH370 tersasar daripada haluan dan hilang. Sementara kehilangan pesawat itu kekal misteri, kami berkongsi penderitaan mereka yang dalam kesedihan,” kata beliau.

Pengumuman Perdana Menteri yang disiarkan di seluruh dunia hari ini adalah selepas 515 hari selepas pesawat itu hilang.

UTAMABERITASerpihan Sayap Disahkan Milik MH370

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium