25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 26, 2020

Sertai Pas, Khalid Ambil Pendekatan Tunggu Dan Lihat

 Khalid_Ibrahim Terlelap Ketika Sidang Media

Pasti ramai di kalangan penyokong pembangkang khususnya PKR yang akan merasa pelik dengan kenyataan terbaru Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim berhubung khabar angin yang mengatakan dia telah ‘dipinang’ untuk menyertai Pas. Ini kerana, ketika diminta mengulas mengenainya Khalid seakan terkejut dan enggan memberikan jawapan yang pasti.

“Saya ingat perkara Menteri Besar ini tak perlu dijadikan satu isu. Beri peluang kepada rakyat Kajang menentukan siapa pilihan mereka,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Exco semalam.

Persoalannya ialah, mengapa Khalid perlu bermain teka-teki berhubung perkara ini? Sekiranya dia merasakan perkara tersebut hanyalah merupakan ‘khabar angin’ mengapa dia perlu berdolak-dalih?

Ini kerana, jawapan Khalid itu telah menimbulkan spekulasi baru, iaitu dia ingin mengambil pendekatan tunggu dan lihat. Sekiranya Anwar benar-benar ingin ‘menggunakan’ kemenangan Kajang untuk ‘memaksanya’ meletakkan jawatan, ‘pinangan’ untuk menyertai Pas mungkin akan diterima.

Dengan cara itu Pas akan mempunyai kerusi tambahan sekali gus membolehkannya untuk terus kekal menerajui kepimpinan negeri Selangor.

Isu ini kembali hangat diperkatakan, apabila Anwar membayangkan wujud kemungkinan untuk dirinya mengambil alih jawatan tersebut. Ketika diwawancara oleh Australia’s Newsline, ahli parlimen Permatang Pauh itu mengatakan dia sedang berunding dengan Khalid dan berhasrat untuk menjadikan Selangor sebagai model sebelum melangkah ke Putrajaya.

Seterusnya ketika ditemu bual baru-baru ini, Anwar sekali lagi membayangkan dia akan menerajui kepimpinan negeri dan akan berbincang dengan pimpinan pakatan rakyat bagi mendapatkan kerjasama.


“Kemungkinan itu ada. Kita kena bincang ikut proses Pakatan” katanya.

Anwar sebelum ini berulang kali menafikan malah mengatakan dakwaan untuk mengambil alih jawatan tersebut hanyalah spekulasi. Malah disebabkan spekulasi itu juga beberapa orang pimpinan Pas tampil membuat kenyataan bagi membantah ‘pengambilalihan kuasa’ itu.

Malah Dewan Ulama Pas sebelum ini turut tidak bersetuju sekiranya PRK Kajang ini dijadikan alasan untuk menukarkan jawatan Menteri Besar.

“… kemenangan PRK Kajang tidak menjadi jambatan untuk pertukaran MB sedia ada,” menurut Ketua Penerangannya, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali dalam satu kenyataan sebelum ini.

Kesimpulannya, Khalid sebenarnya ingin menyampaikan satu mesej yang jelas bahawa dia bukanlah seorang yang mudah diperkotakan-katikkan. Mungkin ada beberapa ‘permintaan’ yang perlu Anwar tunaikan dulu sekiranya ingin memintanya berundur, antaranya memastikan ‘musuh politiknya’ turut dihapuskan.

Kegagalan Anwar untuk memenuhi syarat-syarat yang akan ditetapkan itu, mungkin akan menyebabkan Khalid menggunakan ‘ace card’ yang ada di tangannya untuk berhijrah kepada Pas.

Berita Berkaitan

PAS Selangor belum bincang agihan kerusi, nafi tanding 3 Parlimen

PAS Selangor belum mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi di negeri itu termasuk memuktamadkan calon...

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

UMNO kekal fokus pentingnya Gencatan Politik – Keputusan mesyuarat MKT UMNO

KENYATAAN MEDIA Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah mengambil keputusan: 1. UMNO terus kekal fokus...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25% hingga 30% lebih tinggi berbanding suku ke-2...