Sertai Pejuang, 200 ahli Bersatu Kubang Pasu keluar parti - pakdin.my

JITRA  ― Kira-kira 200 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Kubang Pasu mengisytiharkan keluar daripada parti itu berkuat kuasa hari ini.

Ia diketuai Bendahari Penaja bahagian Tengku Anwar Tengku Daud yang turut disertai Naib Ketua Srikandi bahagian Zakiah Yaakob dan Ketua Penerangan Armada bahagian Mohd Saffiq Rodhi yang turut meletak jawatan masing-masing.

Bercakap pada sidang media bagi mengumumkan perkara itu, Tengku Anwar berkata 25 daripada 35 ketua cawangan Bersatu di bahagian berkenaan turut meletak jawatan dan keluar parti.

Beliau berkata mereka bercadang menyertai parti baharu yang ditubuhkan bekas Perdana Menteri dan bekas Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang). ― Bernama

UTAMAPOLITIKSertai Pejuang, 200 ahli Bersatu Kubang Pasu keluar parti

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium