Sesak nafas, Mamat Khalid masuk hospital lagi - pakdin.my

Doktor ada memberitahu, masalah seperti itu memang biasa berlaku

Pengarah filem Mamat Khalid menerima rawatan di sebuah hospital di Ipoh, Perak selepas mengadu sesak nafas pagi tadi.

Anaknya Mohd Khalid Amen, 23, bagaimanapun berkata keadaan bapanya yang berpunca akibat lebihan air dalam badan itu tidak membimbangkan, lapor BH Online.

Khalid yang kini di Bangkok, Thailand, untuk menyiapkan suntingan akhir filem Rock 4 berkata bapanya sebelum ini kelihatan penat kerana sukar melelapkan mata sejak beberapa hari lalu.

“Pagi tadi, saya dimaklumkan, dia meminta sepupu menghantarnya ke hospital. Namun, keadaannya stabil dan tekanan darah juga normal.

“Buat masa ini, dia ditidurkan sekejap, manakala proses membuang lebihan air dalam badan juga berjalan lancar.

“Doktor ada memberitahu, masalah seperti itu memang biasa berlaku, terutama bagi mereka yang menghidap sakit jantung,” katanya.

Mamat, nama sebenar Mohamad Mohamad Khalid, 56, koma pada Januari lalu akibat masalah jantung.

Penggiat seni asal Ipoh itu juga pernah dirawat di unit rawatan rapi (ICU) pada 2017 akibat kepenatan dan sesak nafas.

UTAMAGAYA HIDUPSesak nafas, Mamat Khalid masuk hospital lagi

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium