#SetahunRejimPH: Terima peliwat lebih pelik dari kerjasama Umno, kata Pemuda PAS - pakdin.my

Kesediaan Tun Dr Mahathir Mohamad menerima Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih pelik daripada kerjasama dengan Umno, kata Pemuda PAS.

Naib ketuanya berkata walau PAS dan Umno pernah berselisih faham namun tuduhan yang dilemparkan tidak berkait masalah moral, lapor Sinar Harian.  

“Walaupun PAS dan Umno pernah menjadi seteru satu ketika dulu, tetapi PAS tidak pernah melabelkan mana-mana pemimpin Umno sebagai peliwat dan tidak pernah menghumban masuk mana-mana pemimpin Umno masuk penjara kerana tuduhan meliwat.

“Jika ‘seseorang’ pernah menuduh orang lain sebagai peliwat, kemudian boleh bekerjasama kembali dengan orang yang dituduh itu, apa peliknya kerjasama PAS dengan Umno ini?

“Kerjasama ini adalah untuk menumbangkan Pakatan Harapan (PH) yang terbukti jelas telah memungkiri janji-janji mereka kepada rakyat,” kata Ahmad Fadhli Shaari.

Ahli parlimen Pasir Mas mengulas ucapan perdana menteri semasa ulang tahun pertama PH semalam.

Dr Mahathir mempertikaikan sikap berdiam diri PAS mengenai skandal yang dikaitkan dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

UTAMAPOLITIK#SetahunRejimPH: Terima peliwat lebih pelik dari kerjasama Umno, kata Pemuda PAS

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium