Shafie Apdal pula derhaka kepada Agong?

Walaupun dalam notis usulnya bertarikh 1 Mei 2020, Datuk Seri Shafie Apdal, menyebut beliau tidak berniat untuk menentang kuasa melantik Perdana Menteri oleh Yang di-Pertuan Agong, tetapi kandungan usulnya bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai keyakinan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri tatkala Yang Di-Pertuan Agong telah pun melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, adalah satu penderhakaan yang nyata kepada Yang Di-Pertuan Agong.

Mana ada dalam dunia ini dibuat usul kepercayaan sebagai Perdana Menteri kepada seorang Ahli Parlimen yang bukan Perdana Menteri?

Melihat istilahnya saja pun kita sudah tahu bahawa usul kepercayaan atau usul ketidakpercayaan sebagai Perdana Menteri hanya boleh dibuat kepada seorang Perdana Menteri.

Walaupun jika notis usul ini difailkan dalam tempoh 14 hari sebelum sidang diadakan sekalipun, ia adalah sesuatu yang tidak boleh dilakukan kerana bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Apatah lagi bila notis telah dikemukakan oleh Setiausaha Dewan Rakyat bahawa sidang pada 18 Mei ini hanya akan membahaskan usul kerajaan sahaja.

Mabuk atau apa Datuk Seri Shafie Apdal ini?

Perlukah laporan polis dibuat kepada beliau?