Shahril Hamdan pastikan kelancaran Pidato Piala Presiden UMNO 2021, ikuti secara langsung #pakdin.my

Menjelang tirai Pertandingan Pidato Piala Presiden UMNO 2021 yang akan bermula esok, Ketua Penerangan UMNO Shahril Hamdan telah memberikan taklimat ringkas kepada para peserta agar segala perancangan akan dapat dilaksana dengan lancar.

Bertempat di Auditorium UMNO Aras 4 Menara Dato’ Onn, para peserta yang terdiri dari 39 orang mewakili negeri-negeri di seluruh negara mengambil tempat dan mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan pertandingan serta tatacara pelaksanaannya.

Pertandingan yang dianjurkan oleh Penerangan UMNO Malaysia (PUMAS) berlangsung dalam pelaksanaan norma baharu mengikuti prosedur operasi standard (SOP) iaitu dilakukan tanpa kehadiran penonton.

Namun demikian, khalayak dipelawa untuk turut serta mengikuti pertandingan ini yang akan disiarkan secara langsung di platform Facebook dan Youtube UMNO Online.

Terdahulu, para peserta yang terlibat dalam Pidato Piala Presiden UMNO 2021 ini adalah tiga peserta terbaik yang telah bertanding di peringkat negeri secara online.

Pertandingan Pidato Online diadakan secara berperingkat dengan fasa peringkat negeri bermula 8 Ogos sehingga 31 Ogos 2021.

Ia terbuka kepada ahli UMNO berusia 18 tahun ke atas yang antara matlamat penganjurannya adalah untuk menyediakan pemidato UMNO di pelbagai peringkat umur dengan kepetahan berucap dan kebijaksanaan berpidato serta melawan hujah pembangkang adalah menjadi antara syarat untuk menjadi pemimpin yang baik.

Berkaitan