Shahrizat Kekal Ketua Wanita Umno – @NajibRazak - pakdin.my

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menerima sokongan daripada ahli-ahli Wanita UMNO sebelum majlis perhimpunan Wanita UMNO bersama Presiden UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Jumaat

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat mengumumkan bahawa Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kekal sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO.

Najib, yang juga Presiden UMNO, berkata ini kerana Shahrizat dipilih oleh anggota-anggota pergerakan itu sebagai ketua.

“Maka, tiada sebab untuk beliau letak jawatan (sebagai Ketua Wanita),” katanya pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Wanita UMNO bersama Presiden Umno di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Shahrizat dan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Kira-kira 7,000 anggota wanita dari seluruh negara menghadiri perhimpunan itu.

UTAMABERITAShahrizat Kekal Ketua Wanita Umno - @NajibRazak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium