Shahrizat tidak pertahan jawatan ketua wanita - pakdin.my

Penyandang, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil tidak akan mempertahankan jawatan Ketua Wanita UMNO pada pemilihan sayap hujung bulan ini, sebagai menyahut seruan akar umbi yang mahu melihat parti itu berubah.

Lapor UMNO Online, Shahrizat berkata beliau memandang serius suara lantang yang mahu melihat perubahan dan pembaharuan parti keramat itu.

“Masanya sudah tiba untuk Wanita UMNO diketuai oleh seorang ketua yang baru dan mampu membawa cara dan juga idea baru yang mendapat sokongan bukan hanya daripada ahli Wanita UMNO tetapi juga mendapat sokongan rakyat,” katanya.

Dengan pengumuman Shahrizat ini, semua tiga sayap UMNO akan menempuh era baru kepimpinan apabila semuanya bertukar ketua.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin minggu lalu mengumumkan bertanding jawatan naib presiden.

Sekurang-kurangnya ada empat calon menawarkan diri bertanding kerusi yang dikosongkan oleh Khairy itu, termasuk naibnya sekarang, Khairul Azwan Harun.

Tiga calon lain ialah bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, Ketua Pemuda UMNO Pahang, Shahar Abdullah serta Datuk Seri Jamal Yunos.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin turut mengumumkan tidak akan bertanding sebarang jawatan dalam pemilihan parti itu dan akan memberi tumpuan berkhidmat sebagai ahli Parlimen Masjid Tanah.

Pemilihan jawatan sayap UMNO akan berlangsung pada 23 Jun, seminggu sebelum pemilihan bahagian dan Majlis Tertinggi.

https://pakdin.my/tag/shahrizat/

UTAMAPOLITIKShahrizat tidak pertahan jawatan ketua wanita

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium