Shamsul Anuar letak jawatan Menteri Tenaga dan Sumber Asli - pakdin.my

Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli kerana ingin memberi tumpuan sebagai Ahli Parlimen dan membantu memperkuat parti dalam menghadapi situasi politik yang semakin mencabar. 

Ahli Parlimen Lenggong itu berkata tindakan tersebut diambil selepas mengambil kira beberapa keputusan dan pendirian parti.

“Pertama saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana saya diberikan peluang berkhidmat sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli dan pastinya pimpinan UMNO yang mencadangkan saya sebagai Menteri Kerajaan Persekutuan.

“Mengambil kira beberapa keputusan dan pendirian parti. Maka, sebagai ahli UMNO yang patuh dan setia kepada parti. Saya dengan ini meletak jawatan sebagai Ahli Jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan di sini petang ini.

— BERNAMA

 

UTAMAPOLITIKShamsul Anuar letak jawatan Menteri Tenaga dan Sumber Asli

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium